Hikmah Nikah Mut'ah


Perlaksanaan dari apa yang telah saya baca tentang Nikah Mut'ah:

Nikah ini mesti dengan wali atau senang nak faham rukun nikah ini sama dengan nikah biasa.

Bersetuju untuk bernikah secara Mut'ah.


Dipersetujui tempohnya dan kadar bayarannya (harta).

Dan berakhir apabila tempoh tamat.

Ada tempoh iddah iaitu 2 bulan yakni kurang sebulan dari nikah biasa.

Jika tempoh berakhir dan pasangan bersetuju untuk meneruskannya juga dibolehkan.

Berbeza dengan zina yang mana tidak ada pembatas iddah.

Mengikut rekod amalan zaman Nabi. Cuma berlaku bila berjauhan dari tempat asal (atau kediaman isteri nikah biasa) terutamanya semasa perang. Belum ditemui pulak rekod amalan oleh sahabat yang berdagang jauh ke Syam dan Rom.

Praktikal di zaman ini. Jika aman, tentera tinggal bersama isteri nikah biasa dan kurang terdedah. Yang paling terdedah ialah mereka yang kerja pilot dan kelasi dan mungkin juga pemandu lori, bas dan pelantar minyak atau mungkin angkasawan. Mereka cuma transit untuk tempoh tertentu daripada mereka berzina kenapa tidak memilih nikah mut'ah??? Itu persoalannya.

Terdapat kontroversi tentang kata-kata Syaiina Ali kwj. 1 pendapat mengatakan telah berlaku pengharamkan nikah mut'ah. 1 pendapat lagi mengatakan bahawa jika Umar al-Khattab tidak mengharamkan nikah mut'ah pasti tidak akan berlaku perzinaan kecuali orang-orang yang memang teruk.

No comments:

Post a Comment