RAZALI Shahabudin (kiri) bersalaman dengan peserta Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam
Sanggup mohon tukar agama
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.
Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.
"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.
"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.
Yang hadir sama, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohamad.
Nadwah Ulama Nusantara yang bertemakan 'Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa' itu antara lain membincangkan cabaran yang dihadapi golongan ulama dalam menangani permasalahan yang dihadapi masyarakat kini.
Dalam perkembangan sama, menurut Razali, semua pihak harus mengambil tanggungjawab memerangi Syiah secara lebih agresif menerusi penjelasan kepada masyarakat tentang penyelewengan ajaran itu.
Katanya, langkah itu penting kerana isu penyelewengan fahaman Syiah melibatkan persoalan fundamental iaitu kedudukan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Memerangi Syiah dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan tanggungjawab fardu seluruh masyarakat terutama para ulama dan cendekiawan Islam, justeru Jakim menyeru golongan ini supaya perlu dan mesti sentiasa ke hadapan.
"Oleh itu, golongan ulama tidak boleh berselisih faham walaupun berbeza ideologi, sehingga mengabaikan penyatuan akidah dan melemahkan kedudukan agama," katanya.
Sementara itu, Razali berkata, Jakim komited melaksanakan forum dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai salah satu usaha menjelaskan kepada golongan muda tentang isu-isu semasa Islam.
"Ruang dan peluang selama dua jam yang diberikan itu cukup istimewa kerana dapat berbincang dan menjelaskan secara terperinci tentang isu Syiah dan lain-lain permasalahan agama kepada pelajar-pelajar baharu," katanya
Tadi aku baca berita ni,pastu aku mengiyakan apa yg terkandung dan aku ckp syiah ni same sesat ngn yahudi,tanpa disangka ade member tanya aku,'ko tahu ke tang mana sesat syiah dan yahudi tu' tergamam aku seketika sebab tak sangka ade plak org leh pertikaikan mcm tu.
abis tu dalam media masa kata sesat,'ko dah belajar abis ke tentang syiah,yahudi semua tu??' aku terdiam lagi sebab aku tak stanby pun jawapanye ape2 sebab aku tersentak.
last2 aku yg terdiam sebab tak sangka mcm member aku ni ada unsur2 mengatakan yg siah tu tak sesat ataupun beliau melarang aku untuk berfikir yang syiah dan yahudi tu tak sesat.
.
.
aku terfikir abis tu nak kena belajar dulu ke syiah tu baru boleh kata yang syiah sesat,kalo aku nak belajar syiah dah tentu secara haram,kalo secara terbuka kena keluar islam,dan aku fikir lagi mengenai penganut di malaysia sanggup keluar islam utk pelajari syiah,mungkih kah sebab diorg nak belajar syiah sanggup keluar islam dan mendapati syiah itu sesat barulah boleh kata SYIAH SESAT baru nak masukan semula perkataan islam tu dalam ic??
kalau nak tau sesat ke tak syiah tu, sekarang ni mudah je.buka utube, cari ustaz aizam mas'od, pegawai jakim..ataupun ustaz nazmi karim..tau la kat mana sesat syiah tu
ReplyDeletemaknanya, kena belajar la, berguru, kena rajin gi kuliah agama di masjid2.sekrang zaman moden, ustaz2 pon dah guna media sosial fb, utube,twitter.nak tau tanya la.insya Allah dorang jawab..sekarang tinggal sikap diri sendiri , nak belajar ke tak nak, nak tau tapi taknak gi belajar susah la
ada bbrapa org yg mana org lain pandang dia sbagai golongan yang cerdik dan pandey, satu hari mereka ni berkumpul lalu memanggil saorang budak ingusan lalu mereka beri sedikit wang kpd budak trsbt dan suroh budak itu pergi membeli suatu barang.
ReplyDeletekpd budak itu diterangkan akan barang TIRUAN begini begini awak jangan beli
pergilah budak itu berkeliling pekan mencari barang yang disuroh beli oleh kaum cerdik pandey
persoalannya adakah anak anak kita, budak budak kita, orang muda kita, generasi pelapis kita telah mengenalkah mereka itu siapa sosok yang bernama Muhammad bin Idris atau Ahmad bin Hanbal atau Malik bin Anas atau Nu'man bin Tsabit atau atau atau. Ya jika generasi pelapis yakni orang muda kita gagal mengenal para imam mujtahid, bagaimana pula mereka dapat membezakan di mana kepalsuan ajaran yang sedang mengancam akidah mereka
sedang kita HANYAmengambil jalan pintas menyatakan jangan beli ini barang tiruan, TETAPI adakah kita telah bersunggoh sunggoh menunjokkan dan memimpin generasi kita kepada akidah islam yang sebenar. Fahaman saya jika kita telah berusaha memimpin generasi muda kita kearah akidah islam yang syumul, maka dengan sendiri buah keteguhan iman insyaAllah dapat membezakan kepalsuan akidah syiah itu.....
adakah kita telah berusaha mendidik/memimpin generasi muda kita bagi mereka mengenal kemurnian islam????????? sebelom kita melatah menuding jari kepada musoh
Allahu 'aklam