dia rasa dia berkuasa sbb tu la dia tersinggung dengan seruan azan.
jenis mcm ni jadi menteri agama lagi rosak la agama kat indon tu.
sepatutnye dia sendiri hentikan ucapan dan ajak hadirin menunaikan solat terlebih dahulu baru org respek tapi sebaliknye yg berlaku plak.

Jakarta: Menteri Hal Ehwal Agama Suryadharma Ali dikecam kerana dilaporkan berasa jengkel apabila ucapannya merasmikan sebuah masjid ‘diganggu’ seruan azan lapor media, semalam.
Suryadharma sedang berucap sempena majlis perasmian Masjid Jamek Bojong Koneng di Tasikmalaya, Jawa Barat yang baru siap dibina.
Ketika dia berucap muazin melaungkan azan menandakan masuk waktu solat Zuhur. Suryadharma dilaporkan terus mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya menunggu azan berakhir.
Dia kemudian terus beredar meninggalkan masjid berkenaan tanpa membuat perasmian seperti sepatutnya. Ditanya mengapa dia bergegas untuk beredar dari masjid itu, Suryadharma berkata, ucapannya sepatutnya tidak diganggu.
“Saya sepatutnya dibenarkan menyelesaikan ucapan terlebih dulu tanpa perlu dihentikan untuk laungan azan,” katanya. Ketua daerah Tasikmalaya, Uu Ruzhanul Ulum kemudian menyatakan permohonan maaf kepada menteri terbabit.
“Menteri berang dan memaklumkannya kepada kami semua,” katanya.
Namun ahli Parlimen Golkar dari Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan, Ace Hasan Syadzily berkata, dia terkejut dengan kenyataan Suryadharma.
Menurutnya, Suryadharma seharusnya tidak melarang azan daripada dikumandangkan apabila waktu solat tiba.
“Menjadi tugas kita sebagai umat Islam untuk menghentikan semua aktiviti dan menghayati seruan azan apabila sudah masuk waktu solat,” katanya.
Timbalan Setiausaha Golkar itu menambah bahawa Suryadharma sepatutnya tidak kecewa dengan seruan azan ketika dia sedang berucap.
“Dia patut mendengar seruan azan dengan khusyuk daripada menyuarakan kekecewaannya kepada orang ramai,” katanya. Sementara itu Parti Persatuan Pembangunan (PPP) menafikan Suryadharma yang menjadi pengerusinya terganggu dengan seruan azan seperti yang didakwa itu.

No comments:
Post a Comment