Tahu-tahu berlubang kaki

MANGSA tidak sedar kaki terkena tembakan sehingga melakukan pemeriksaan doktor di hospital.


Kuantan: Seorang ibu yang hamil empat bulan tidak menyedari kecederaan pada kaki kirinya akibat ditembusi peluru tembakan orang tidak dikenali ketika tidur di rumahnya di Kampung Seberang Sungai Ular, di sini, tengah malam kelmarin.

Dia dan keluarga hanya mengetahui kecederaan itu akibat terkena tembakan selepas dimaklumkan doktor Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang merawatnya. 

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, peluru jenis .38 yang dilepaskan suspek dari luar rumah menembusi buku lali kaki kiri wanita berusia 35 tahun itu. 

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pusat perniagaan di bandar ini tidur dalam bilik bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya berada di bilik berasingan.


Mangsa yang hamil anak kelima tersedar apabila berasa sakit di kaki sebelum sebelum mendapati kaki kirinya berlubang berlumuran darah.





Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment