Kejam: Rumah kebajikan aniaya anak yatim

Bekas penghuni rumah anak yatim berkenaan menunjukkan bagaimana mereka melakukan ‘pencak tarik power’ mengikut ajaran pemimpin pertubuhan itu.

PUCHONG – “Anak yatim tidak dibenarkan sama sekali membancuh milo yang penderma sumbang, kalau hendak minum kena beli di kafe kepunyaan rumah kebajikan itu,”demikian dakwa Nur, bekas sukarelawan sebuah rumah kebajikan yang berselindung disebalik nama pertubuhan anak yatim di sini.


Katanya, anak yatim ditempatkan di rumah berkenaan boleh diibaratkan seperti pengemis kerana meskipun sumbangan diberi orang ramai melimpah ruah namun ia tidak dapat dinikmati mereka.

Lebih mengejutkan sumbangan wang tunai mencecah ribuan ringgit yang disumbangkan individu atau syarikat korporat, lenyap begitu sahaja dipercayai disalurkan kepada sebuah tabung lain dengan tujuan perniagaan.

Nur yang membongkarkan perkara terbabit berkata, segala-galanya bermula apabila dia mula menjadi sukarelawan di rumah kebajikan berkenaan pada 2007.

sumber sinarharian

No comments:

Post a Comment