Tanda tanda awek tak boleh buat bini

1. belum apa-apa suara dia dah tahap cikgu kawad kaki sekolah menengah. Pantang lambat sikit mulalah dia menjerit-jerit. Kalau dapat jenis ini, baik korang kawan dengan singa je la.


2. bila awek korang tak reti bezakan antara ikan kembung dengan bunga keembung. Tu belum cerita bab masakan lain. Nampak gayanya kalau korang kawin makan kat kedai je la.



3. bila dia tak tau siang dengan malam ataupun dia tak reti tengok jam. Pukul 8 pagi korang call tak bangun lagi. Pukul 12 pun tak bangun. Paling awal pun dia bangun pukul 3 petang. Baik korang pikir lebih 3 kali sama ada nak kawin ke tak


4. bila sesekali korang check handphone dia, banyak yang nama ahmad dari nama siti. Lepas tu kejap-kejap talipon dia berbunyi. Cakap pulak jauh dari korang.. err... tak paham lagi ka?


5. awek korang suka sangat pengsan kat shoping complex. Pandai pilih pulak tu.. pengsan depan kedai yang mahal-mahal je. Tak paham? Pengsan tu ayat kiasan. Ayat yang betul, kaki mengabihkan duit korang.


6.bila dia boleh berlakon dengan hebat. Korang ajak dating, 1001 alasan dia bagi tapi lepas kantoi dia keluar dengan orang lain. Tengok la lepas tu, mulala dia buat filem sedih depan korang.



7. asal salah sikit mintak putus, salah sikit suruh”clash” dah kawin korang standby kat pejabat kadi je la.. bahagian cerai dan rujuk..

No comments:

Post a Comment