Membina RumahTangga di Usia Muda


Berkahwin di usia muda bukanlah sesuatu yang janggal di masa ini kerana zaman ini dah ramai pasangan yg berkahwin muda.bagus juga kahwin diusia muda ni boleh mengelakkan maksiat,boleh buat anak cepat nanti dah tua anak pun dah besar,dan boleh kukuhkan kewangan seseorang yerlah dulu masa bujang makan luar tetapi bila dah kahwin dah masak di rumah kan jimat tu.Dalam Agama Islam pun sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.


“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.


Sebelum kita buat keputusan haruslah diingat akan kewangan kita dan bakal pasangan kita sama ada kita mampu untuk menempuh dan melayari bahtera alam perkahwinan nanti,yerlah alam percintaan amat indah sebab kita tidak dibebani dengan pelbagai tanggujawab sebagai suami isteri tapi hidup kita akan berubah setelah bergelar suami/isteri.macam macam yg kita perlu sediakan bila dah kahwin ni kalau tiada duit lepas kenduri agak sakit sebab lepas majlis kahwin kita bersama pasangan akan pindah rumah sendiri,kalau anak orang kaya mungkin bukan satu masalah sebab barang dan perabut telah disediakan tapi bagi orang kebiasaan semua tu perlu disediakan sendiri takkan lah kita nak masuk rumah dengan ketiadaan apa2 di dlmnya
.

Selain itu suka duka dan gelora alam perkahwinan yg bagi kita mungkin nampak mudah bila lihat pasangan lain bahagia tapi setiap pasangan pasti ada liku2 dan cabaran serta ujian yg mereka tempuhi dan anda juga tidak terkecuali.belajarlah dari orang2 yang lebih tua dan belajarlah dari ibu bapa dan mertua anda.

Bertolak ansurlah dengan pasangan anda yerlah org muda ni mudah jerk sentap,yang lelaki panas baran yang pompuan cepat jerk merajuk masa bercinta dulu bukan main sopan aje bila dah kahwin terbuka pekung semuanya,bila dah hidup bersama nanti semua rahsia dan keburukan anda dan pasangan akan terbongkar maka kongsi2 lah bersama dan terimalah keburukan pasangan anda sebagaimana pasangan anda terima keburukan anda jika mahu rumahtangga anda bahagia sehingga ke akhirat.

No comments:

Post a Comment