Perang dalam Islam

Umum mengetahui bahawa di utusnya Nabi saw adalah sebagai menyampaikan berita gembira dan amaran serta menyempurnakan lagi akhlak kita dan dan ini dapat diketahui bahawa beliau tidak berperang dengan seseorang supaya dia memeluk Islam.

Sejarah permulaan perang dalam Islam bermula apabila pelampauan yang dilakukan oleh penduduk Mekah semakin memuncak sehingga memaksa Rasulullah saw keluar dari tanah airnya selepas mereka merancang untuk membunuh Baginda saw. Maka jelaslah mereka yang memulakan permusuhan terhadap golongan muslimin dimana mereka telah dikeluarkan daripada tanahair mereka dengan cara yang tidak patut.

Selepas peristiwa hijrah, Allah membenarkan orang-orang Muhajirin memerangi Musyrikin Quraisy melalui firman-Nya yang bermaksud : “ Diizinkan bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana sesungguhnya mereka talah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong meraka mencapai kemenangan . Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’…” (Al-Haj:39-40).

Kemudian Allah mengarahkan mereka berperang melalui firman-Nya yang bermaksud : “ Dan perangilah di jalan Allah oran-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) dimana sahaja kamu dapati dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu serta (ingatlah bahawa) fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka disekitar Masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu disitu. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (disitu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Maka sekiranya mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah ugama itu hanya untuk Allah. Maka jika mereka berhenti maka tidaklah ada lagi permusuhan melainkan terhadap oran-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 190-193)

Oleh sebab itu Rasulullah saw hanya memerangi orang-orang Quraisy dan tidak memerangi kabilah Arab yang lain. Tetapi apabila bukan sahaja penduduk Mekah yang berkumpul untuk memerangi muslimin dan mereka bersatu dengan musyrikin Mekah , Allah memerintahkan supaya seluruh orang musyrikin diperangi sebagaimana dalam firman-Nya: “…dan perangilah kaum kafir musyrikin seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya..” (At-Taubah: 36)

Dengan ini jihad hendaklah dilakukan kepada semua orang yang tidak mempunyai kitab suci yang terdiri daripada penyembahan berhala. Ini sebagai membenarkan  sabda Rasulullah saw “Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata tidak ada tuhan selain Allah, dan mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat Apabila mereka berkata demikian, darah dan harta mereka terselamat daripadaku kecuali dengan haknya. Dan perhitungannya terserah pada Allah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila muslimin mendapati orang-orang Yahudi mengkhianati perjanjian dengan cara menolong orang-orang musyrikin memerangi mereka, maka Allah memerintahkan supaya orang-orang Yahudi diperangi melalui firman-Nya : “Dan jika kamu mengetahui adanya perbuatan khianat daripada sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu), maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.” (Al-Anfal: 58)



Antara wasiat-wasiat Rasulullah saw dalam peperangan dapat diperhatikan secara jelas semasa baginda memberikan wasiat kepada pasukan yang akan berangkat ke Perang Mu’tah. Antaranya: Berperanglah dengan nama Allah dan perangilah musuh Allah dan musuh kamu di Syam. Kamu akan mendapati disana, paderi-paderi yang mengasingkan diri di gereja. Jangan kamu ganggu mereka. Jangan kamu menbunuh perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua. Jangan menebang pokok dan merobohkan bangunan...



Jelas daripada wasiat baginda watak penuh kasih sayang dalam ajaran perang secara langsung yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Namun pada hari ini, umat Islam ditindas dengan sekejam-kejamnya khususnya dalam peperangan di Gaza mutakhir ini. Sudah terang lagi bersuluh apa yang dibuat oleh tentera Israel telah melanggar peraturan peperangan dan hak asasi manusia itu sendiri. Moga Allah memberi kekuatan buat saudara-saudara kita yang sedang berjihad mempertahankan hak mereka serta memberi kita kekuatan dan jalan untuk membantu mereka.

No comments:

Post a Comment