Kenapa perlu bertudung?

Kat sini aku just nk tny satu soalan yg org perempuan malas nk jawap... iaitu kenapa anda tidak bertudung?? Woo~~ agak sinis ayat tu kepada yg tidak bertudung.. tetapi yg bertudung maybe xde masalah dengan soalan tu..

ok.. soalan yang sebenarnya yg aku nk tny:

BERTUDUNG... ADAKAH SATU KEWAJIPAN? ATAU TREND?

Satu dunia wanita muslim akan berkata isnya satu kewajipan tapi cuba jeling atas kepala.. bertudung ke kita? Ya.. maybe banyak thread dah disentuh isu bertudung ni.. tidak dinafikan banyak hadis dah keluar mengenai bertudung dan ianya menjadi kewajipan cuma org kita selalu buat x pandang hal ini dan anggap menjadi satu kebiasaan bagi mereka... selalunya bila aku tny eh.. kenapa x pakai tudung.. jawapannya...
1. Aku tak nak jadi hopikrit, pakai tudung kerana sebab.. 
2. Aku ni bukan perempuan yg elok
3. Buat apa paksa diri kalo x boleh pakai..
4. Aku ada masalah.. kepala bila bertudung cepat sakit kepala..
5. Tak payah la tunjuk baik pakai tudung.. belakang cam setan..
6. Aku ni jenis hisap rokok, takkan nak pakai tudung..
7. Kenapa nk sibuk2? kau pun bukan bagus sangat..
8. Haha.. tak payah jadi ustaz la.. biar lah dosa aku.. kau apa peduli?
9. Mak aku pun x pakai tudung.. so what?
10. so??


Yep.. sekarang bila bertudung dah menjadi satu ukuran atau satu bebanan kepada perempuan iaitu bile bertudung mesti jadi baik.. solehah.. dan skrang bila perempuan tu jenis kaki clubbing contohnya mesti x boleh pakai tudung... org mesti kata siang pakai tudung.. malam g clubbing.. dan ayat biasa aku selalu dengar iaitu aku tak nak jadi hipokrit.. pakai tudung bersebab..

wah!.. dosa2 kau boleh void cam tu ke kalo pakai tudung x ikhlas?? itu ialah satu kewajipan bukan kehendak... jadi bila jadi jahat off course semua kena jadi jahat?? 

yang jahat tu ialah dosa, dan dosa aurat juga dosa.. tambahan yg lagi best... setiap mata bukan muhrin yg melihat korang akan kutip dosa untuk itu.. ingat!.. bukan aku yg tentukan dosa pahala korang tapi dah termaktub larangannya dalam islam... tak perlu nk suruh aku huraikan dalil2nya.. korang sendiri dah tau..

Kekadang aku jadi sedih.. sebab apa? bila benda yg kita tau dosa tu dianggap ringan.. dan menjadi kebiasaan kalo takat tak pakai tudung tu macam xde apa2 masalah... sebenarnya ada juga dosa MLM yg tersembunyi.. katakan hari ini anda tidak bertudung.. ada 1 org yg nampak aurat anda maybe pakwe korang.. (yelah bila pakwe dah janji kawin, bukan takat rambut.. yg lain pun korang dah halalkan utk dia).. dah dpt 1 dosa.. lepas tu pakwe korang ambil gambar korang ngan dia pakai hp.. lepas tu dia tunjuk kat 10 member dia.. dah 10 dosa.. then korang ni jenis awek cun.. pakwe korang dengan bangganya post gambar dia ngan korang dlm internet.. waahh~~ lebih2 lg dia post dlm facebook ke, friendster ke, jdkan avatar dalam forum... setiap user yg ternampak gambar tu.. maka keuntungan dosa korang sbgai awek kepada pakwe korang yg post tu akan bertambah setiap hari.. dan terus menerus hingga ke satu hari takde sapa pun akan simpan copy gambar anda mahupun diserata dunia dan web hosting server 1 dunia... bygkan kalo korang jenis x bertudung plak?

ok lah.. cuma apa yg aku lihat... tudung tu dah macam satu trend plak... biasa perempuan bertudung...
1. tetiba insaf..
2. satu kelas dia bertudung.. 
3. takpun pegi umah sedara.. sedara plak jenis semua bertudung
4. bertunang
5. berkahwin
6. pergi majlis tahlil...
7. menghadiri perkebumian (macam dresscode plak pergi kubur kena pakai tudung pegi majlis2 biasa xde plak bertudung)
8. kena pegi ceramah 
9. kemasjid...
10. kat opis. atau tempat study. tu pun sebab ramai pakai tudung..
dan lain2 lagi.. seumpama bertudung ni ibarat ikut kerelaan hati.. bila hati dah terbuka baru nak bertudung?? jadi bertudung ni jenis macam nak sembahyang hajat ke atau pergi haji... nak tunggu hati terbuka?? atau perlu ikhlas bertudung?? 

kekadang bila part bertudung je semua dok tuding kat Siti Nurhaliza dan artis2 lain... pakai tudung macam xpakai tudung... kejap pakai kejap tak... semua nak bandingkan ngan dia.. well siti nurhaliza tu isteri nabi ke?? yang perlu kita ikuti sunnah dia?? semua banyak berdalih.. ada ke dia boleh berdlih ngan malaikat kiri kanan dok salin dosa dia? fikirkanlah...

tapi ye lah perempuan... ataupun lebih tepat aku kata.. manusia.. kadang2.. kita selalu rasa kita cantik dengan tidak bertudung... dan bile dah jarang pakai rasa cam janggal dan sering takut org kata kita nak tunjuk baik kononnya... impak dia sama macam org hisap rokok.. beza ngan org hisap rokok.. secara fizikalnya kita nampak org hisap rokok tu penyakit.. dan org yg hidu sama dpt gak bahagian... tapi camna dengan aurat?? sama je aaa... kita x tutup aurat dapat dosa.. org tgk pun kita dpt dosa.. org tgk pun dapat dosa (dosa org yg tgk bila ditenung lama2... ) 

tentang etika bertudung tu xperlu aku nk huraikan... sebab rasanya dah byk thread, risalah, ceramah2.. bercerita soal bertudung cara salah..

pabila aku cuba renung2kan dari semua sudut kenapa agama melarang wanita mendedahkan aurat atau aurat yg biasa didedah iaitu rambut?? kenapa aurat lelaki lebih sedikit berbanding perempuan auratnya hampir seluruh badan?? 

kerna... wanita dicipta allah menjadi satu makluk yg amat cantik dari setiap inci auratnya... cuba korang yg lelaki bgtau takkan tertarik bila melihat mana2 bahagian wanita walaupun hanya nampak matanya sahaja? bahkan dengar suara pun kita boleh cair apath lgi kalo dpt tgk setiap inci badan nya, kulitnya dan bentuk badannya... mmg wanita di jadikan sebagai makluk yg amat cantik.. dapat memikat dengan apa jua yg ada pada dirinya walaupun guna suara.. namun.. sekrang (dahulu, kini & selamanya) wanita lebih mementingkan penampilan didepan org dan paling suka kalau ada org yg puji... mulutnya kata kita tak la lawa pun.. dalam hati berbunga2...

jadi.. aku seru kepada semua awek2 atau kakak2.. pakai je la tudung.. kalo bukan untuk diri sendiri... pakailah sebab agama... tak kira siapa diri anda... maaf kalau aku berkata macam ni... tiada niat lain selain mengingati.. dan takder unsur nak tunjuk bagus ke apa... 

wassalam...


No comments:

Post a Comment