Aku penjawat awam beruniform di sini aku kongsi pasal rasuah. Rasuah tak kenal ko siapa, dia buta macam ala-ala cinta gitu. Hanya Iman dan Pendirian diri yg kuat jer boleh menentang rasuah. Buatlah kempen anti-rasuah ke, ada Super SPRM ke itu semua tak guna kalau Iman x kuat.
Rasuah dah memang jadi sebahagian dari hidup kita. Kita suka ker tak suka memang itu lah hakikatnya. lagi ketat undang-undang rasuah tu lagi tinggi la rasuah yg bakal di terima sebab susah nak memberi dan menerima, guna pakai konsep Demand and Supply gak nie.
Apa itu rasuah?
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Adakah rasuah itu budaya kita di Malaysia?
Yes, dah jadi pun. Sedar tak sedar jer. Yang terlibat takkan mengaku nyer. Yang memberi pulak untuk kepentingan sendiri dan jarang yg SUKA PAKSA RELA. Jangan berlagak suci, semua orang pernah terlibat dalam rasuah walaupun SUKA PAKSA RELA.
Bagaimana ia berlaku?
Banyak cara. permudahkan cerita, berlaku bila ada nyer yang meminta dan ada pulak yg nak memberi.
Bentuk-bentuk rasuah?
1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat
3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya
4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan
5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga
6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi
7) Seks
Siapa yang memberi?
Sesiapa yang memerlukan.
Siapa yang menerima?
Orang yang memiliki Kuasa Autoriti tertentu. Biasanya pihak berkuasa.
Kenapa nak merasuah?
Untuk mendapatkan apa yang diingini. cth: projek bernilai jutaan ringgit, kekebalan dari undang2 dan bnyk lagi contoh.
Pernah ker aku amik rasuah?
Aku x pernah amik pasal kewangan aku sangat kukuh, isteri aku cantik bagai model, hutang aku minimal. pendek kata aku tiada motif nak amik rasuah nie.
Macam mana aku patahkan niat orang nak rasuah aku?
Aku banyak kali di offer macam2 oleh individu tertentu. nak bagi aku China Doll la, Duit la, Perlindungan dari Kongsi Gelap la. Kalau aku di offer duit, aku senyap jer dan buat bo.doh, gerenti yg memberi akan up lagi, biar la dia up sampai harga trtinggi, baru aku cakap berapa yang aku nak, bila aku yg letak harga confirm dia tercengang dgn berapa bnyk zero yg aku tambah kat belakang. Kalau bagi China Doll, yg nie kalau ambik aku dulu yg KO, so mmg awal2 aku maki dan trus proceed execute jer kerja aku tu. Perlindungan? Kalau tak silap aku tiada yg offer lagi nie, tu aku tak tau, aku tak layan jer kot.
No comments:
Post a Comment