Antara perkara yang sering dilakukan oleh manusia moden ialah memghantar gambar kepada teman dan keluarga tersayang.
Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini kami tidak lagi menerima kad raya dalam bentuk fizikal. Ianya digantikan dengan kad raya MMS yang teranimasi.
Kos penghantaran kad raya versi MMS ini jauh lebih murah dari kad raya fizikal. Selain daripada itu tahun ini ada fenomena baru pula yang dipanggil "iftargram".
Iftargram ialah ialah gambar makanan yang dimuat naik ke laman Instagram untuk tontonan teman seluruh dunia.
Kemampuan menghantar gambar ini semua tidak akan mampu dilakukan sekiranya teknologi telefon berkamera tidak wujud.
Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah individu yang mencipta telefon berkamera ini? Pernahkah juga anda tertanya-tanya gambar apakah yang pertama kali dihantar menerusi rangkaian selular?
Hari ini anda semua bernasib baik kerana dapat melihat gambar MMS pertama.
Gambar diatas ialah gambar pertama yang dihantar dari sebuah telefon bimbit menggunakan sistem selular. Ianya dihantar pada 11 Jun 1997.
Yep! Teknologi penghantaran gambar ini sudah berusia 15 tahun! Gambar diatas dihantar oleh Philippe Kahn, bapa telefon berkamera.
Ianya merupakan gambar anak beliau, Sophie yang baru sahaja dilahirkan. Beliau menggunakan perisian yang ditulisnya sendiri, sebuah telefon selular dan kamera digital yang disambungkan secara terus kepada telefon terbabit.
Gambar-gambar ini dihantar oleh Philippe Khan kepada ahli keluarga beliau yang berada di seluruh dunia. Philippe Kahn dilahirkan di Perancis dan isteri beliau pula dilahirkan di Korea Selatan.
Beliau perlu menghantar gambar kelaharian Sophie di Santz Cruz California ke dua benua berlainan pada masa yang sama.
Philippe merasakan adalah sangat leceh untuk menghantar gambar kepada ahli keluarga melalui cara konvensional iaitu ambil gambar menggunakan kamera digital dan memuat turun ke komputer riba sebelum dimuat naik untuk dihantar menggunakan emel.
Kerana kelecehan inilah telefon berkamera pertama dihasilkan secara tak sengaja. Another classic case of necessity is the mother of all invention.
Perisian bagi menghantar gambar menggunakan selular dihasilkan beliau ketika menanti isteri beliau melahirkan Sophie. Kamera digital pula disambungkan kepada telefon beliau dengan menggunakan wayar yang disadur secara custom made.
Anda mungkin tertanya-tanya apakah kamera dan telefon yang digunakan oleh Philippe Kahn untuk prototaip telefon berkamera pertama ini?
Casio QV-10 - Kamera digital dengan CCD bersaiz 250 KILOPIXEL!
Motorola Startac - suatu ketika dahulu telefon terkecil dunia
Pada waktu itu Starfish salah sebuah syarikat yang dipunyai Philippe dalam proses dibeli oleh Motorola pada harga USD325 juta.
Phiippe menunjukkan prototaip telefon berkamera kepada bos baru beliau di Motorola tetapi mereka tidak menunjukkan minat untuk menghasilkan telefon berkamera pertama dunia.
Motorola merasakan masih belum ada keperluan untuk diwujudkan telefon berkamera pada waktu itu!
Phillipe dan isteri beliau lantas menubuhkan Lightsurf Technologies bagi membangunkan sistem Picture-Mail, sistem pertama yang membenarkan pengkongsian gambar secara mudah melalui sistem selular.
Pada tahun 1999 sistem Picture-Mail ini dilesenkan kepada J-Phone dan Sharp bagi membangunkan Sharp J-SH04, telefon berkamera komersil pertama dunia dengan kamera sebesar 110 Kilopixel.
Penggunaan telefon berkemaera meledak di Jepun dan tidak lama selepas itu sistem Picture-Mail yang dihasilkan Philippe Kahn melalui Lightsurf Technologies digunakan di seluruh dunia.

The rest is what you would say is history. Kini hampir kesemua telefon bimbit di dunia mempunyai kamera.
Pada satu masa NOKIA menjadi pengeluar "kamera" terbesar dunia, kini sudah di ambil alih oleh Samsung.
Semuanya bermula dari Philippe Kahn yang mahu mencari jalan paling mudah berkongsi gambar kelahiran puteri beliau dengan keluarga di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment