Kepada penjual produk STEMCELL



Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? Semakan Bank Negara, Hai-O Securitiesnya Haram!



Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu? : Ubat yang berkajian pun satu penyakit satu sahaja fungsi ubatnya. Jikalau sakit jantung, makan ubat sakit jantung. Kencing manis, makan ubat kencing manis. tetapi dengan produk MLM, satu produk boleh rawat pelbagai penyakit.

Hebat, geleng kepala Pakar Bedah Neuro, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah seperti yang beliau (KECAM DI SINI) melihat situasi yang di berlaku di Malaysia hari ini dengan lambakan produk MLM yang ada….


Jikalau disingkap semula sejarah di China, kalau-kalau ada yang masih ingat lagi di China sekitar tahun 1998 berlaku rusuhan yang bandar-bandar besar di China, semuanya angkara isu syarikat-syarikat MLM yang buat “pyramid-selling” – downline cari downline cari downline, dapat komisen up and up and up. Akhirnya…apa jadi?

Bisnes MLM : Beza Kawalan Negara China VS Malaysia?


China haramkan terus semua MLM, walau pun kemudiannya “direct-selling” dibenarkan pada tahun 2003. Itu pun disebabkan China mahu join WTO dan syarikat MLM lintah-darat kebanyakannya pulak semua datang daripada US, terpaksa jugalah China mengalah pasal isu ini.

Rakyat China sehingga ke hari ini cukup gerun dan ketakutan untuk buat skim piramid. Walaupun pasaran ada lebih 1 billion umat :
“a really huge market – piramid sheme almost zero!”



Siapa sahaja buat skim piramid di China, dapat tangkap dan sabit kesalahan, hukumannya tembak sampai mati – very simple? Ya….begitulah penghabisan riwayat kalangan yang cuba mengaut keuntungan hasil penipuan ke atas rakyat China sendiri.

Dan…bagaimana pula dengan di Malaysia?

Bisnes MLM Double Stemcell SCAM & Penipu. Satu Lagi Skim Piramid?

Jikalau sistem perniagaan ada syarat menaja orang, dan setiap ahli yang join ada syarat yang sama (duplikasi), maka ianya jadi “pyramid-selling” apabila jumlah ahli meningkat secara eksponensial dan crash/collapse akhirnya akan berlaku bila bilangan ahli sudah mencapai peringkat tepu. Dan terbaru, rakan pembaca Berita Semasa berkongsi satu lagi skim MLm yang terbaru yang sedang hangat & semakin ramai yang terjerut dengan skim MLM ini.

Nasihat Berita Semasa : Bisnes MLM Hai-O, Sila Tinggal Tinggalkan. Tidak Rugi Tanpa Hai-O

Akhir sekali, Berita Semasa ingin nasihatkan kepada semua, bukannya kalau boleh tetapi lebih baik tinggal Hai-O.
Mengapa?
  1. Mlm terlampau lampau
  2. Berdasarkan semakan Berita Semasa dalam senarai bank negara, Hai-o adalah syarikat yang punya securities (finance) yang non syariah compliance. Maksudnya? Securitiesnya haram.
  3. Hai-O turut jual samsu. Medicated samsu yang orang ramai minum masa Chinese New Year, Deepavali dan lain-lain perayaan bukan islam. Profit samsu adalah sangat besar dan accumulated dalam group business.

Jadi renung-renungkan. Pilihan di tangan anda

P/S : Berita Semasa tidak kecam semua MLM, tetapi disebabkan mekanisme MLM inilah ramai yang menindas dan menipu orang ramai atas kehendak mahu mencapai kemewahan dnegan cara mudah dan cepat.







Tidak boleh buka firefox






Masalah bila firefox tak boleh buka langsung di pc bila klik je icon firefox tak keluar apa2 bila nak uninstall dia suh tutup dulu firefox padahal tak keluar langsung browser tu.
aku suka firefox,sebab ada macam2 addon yg memudahkan te4sedia didalam browser tu,bila aku research mcm amna nak tangani bermacam2 jawapan suruh update lah,suruh seting tu lah,ini lah last2 rupenye masalah sebenar adalah update terbaru firefox itu sendiri,

Ok memula logoff pc anda kemudian masuk balik uninstall firefox tu lepas tu download balik firefox versi sebelumnye,kalau boleh yg bersi firefox25 kebawah la,
Instal spt biasa dan lihat hasilnye dan jgn lupa setting jgn kasi auto uodate sebab kekadang update terbaru lebih banyak menyusahkan.

Kelajuan Malaikat, 50 kali kelajuan cahaya.






"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"
(HR. Muslim dalam shahihnya, no. 2996)

Kerana malaikat dicipta dari cahaya maka ia mewarisi sifat-sifat cahaya. Oleh itu malaikat tidak boleh dilihat dan mereka bergerak secepat cahaya.

Al-Quran menyebut bahawa malaikat mempenyai kelajuan terbang dengan sangat cepat.

Dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang(79. An Naazi´aat : 3-4)

Demi malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan,dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya (77. Al Mursalaat : 1-2)

Secara jelas ayat diatas mengkhabarkan bahawa malaikat memiliki kemampuan terbang dengan cepat. Hal ini kerana penciptaannya berasal dari cahaya. Badan malaikat yang tercipta dari cahaya yang ringan oleh itu ia dapat bergerak dengan laju.

Kelajuan cahaya ialah 300,000km/saat, oleh itu malaikat juga boleh bergerak dengan kelajuan yang tinggi . Malaikat boleh mengelilingi bumi sebanyak 8 kali sesaat.

Dengan kelajuan yang tinggi ini, maka ia memiliki berbagai kelebihan. Diantaranya, malaikat memiliki waktu yang sangat panjang dibanding dengan waktu manusia.

Al-Quran menyebut:

Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun (70. Al Ma´aarij : 4)

Ayat diatas dengan jelas menyebut kepada kita bahawa sehari bagi malaikat adalah seperti 50,000 tahun bagi manusia.

Mengapa terjadinya demikian? Kerana malaikat memiliki kelajuan yang sangat tinggi.

Ilmu fizik menjelaskan bahawa bagi makhluk yang bergerak dengan kelajuan cahaya maka waktu akan bergerak perlahan baginya.

Dr Mansour Hassab El-Naby seperti dalam tulisannya mengatakan bahawa untuk satu hari yang bersamaan dengan 1000 tahun adalah sama dengan kelajuan cahaya (299,792.4989 km/saat). Berdasarkan rumus-rumus dan cara yang sama untuk perbandingan sehari sama dengan 50,000 tahun maka dapat diperolehi hasil perhitungan sama dengan 50 kali kelajuan cahaya.

Kesimpulanya adalah berdasarkan maklumat dari Quran, dapat dikira kelajuan terbang malaikat dan Jibrail iaitu 50 kali kelajuan cahaya.

Cara mudah menyelam lebih dalam dilaman sesawang

First thing first the most important thing to remember is not to sign into any personal accounts linked to who you really are. Sign into Yahoo, your Yahoo is stolen. Sign into your bank, your bank account is stolen. It happens a lot on Tor...people think that because it's * anonymous*, it's safe to do whatever you want. Not true. Other than security....exploring the Deep can be fun and entertaining,for more info you can read here http://library.laguardia.edu/invisibleweb ..







Korang tau tak penguin ada lutut?

Tulang kaki penguin sebenarnya lebih panjang dari yang disangka,

malah imbasan sinar X membuktikan ianya juga mempunyai LUTUT.






Soalan: Korang tau tak penguin ada lutut?

Jawapan: Sejak bile plak penguin tak ada lutut?

Mengenai Melayu

Ada beberapa persoalan yang kadang-kadang sesetengah anak-anak Melayu kita tak tahu nak jawab,sebab pengetahuan sejarah yang cetek atau tak pernah tahu pun pasal sejarah sendiri.Menjawab beberapa persoalan yang kadangkala ditimbulkan untuk memperovokasi sebenarnya teramat mudah,hanya jika,anda semua membaca perihal sejarah anda sendiri.

#1-Orang India yang buka Tanah Melayu,sebab Hindu mula bertapak sebelum Islam.

Jawapan: Jika orang India buka Tanah Melayu mengapa majoriti penduduk di sini bukan orang India?Pasal apa A dikatakan buka sesuatu tempat,sedangkan tempat tu telah ada B duduk lama di situ?Orang Melayu adalah salah satu dari keluarga besar rumpun Nusantara atau saintifiknya Austronesia yang memiliki hubungan terkait dari segi budaya dan linguistik dengan Maori,Samoa,Hawaii,Visaya,Sunda,Jawa,Banjar dan kaum-kaum pribumi Asia Tenggara dan Pasifik yang lainnya.




*Kes ini sama seperti Stamford Raffles dikatakan membuka Singapura dan Francis Light membuka Pulau Pinang padahal kedua tempat itu telah lama berpenghuni.

#2-Melayu berasal dari kata 'Malaya' iaitu 'bukit/gunung' dari bahasa-bahasa India berdasarkan gunung-ganang yang banyak terdapat di Tanah Melayu atau berdasarkan Gunung Jerai.

Jawapan: Ini salah.Melayu dan Malaya dua perkataan yang berbeza,mengapa memandai-mandai buat hipotesis mengarut?Contoh,Canada dan Kannada.Adakah negara Canada dibuka oleh orang Kannada?Adakah orang Kannada berasal dari Canada?Atau adakah nama 'Kannada' berasal dari negara Canada?Lagi satu,Jawa dan Javan (anak keempat 'Noah' dalam Old Testament).Adakah orang Jawa berasal dari Javan?Kenapa bahasa Jawa beza dengan bahasa Hebrew (Ibrani/Yahudi)?Jadi,semua hipotesis ini adalah 'rubbish'.Nama 'Melayu' bukan berasal dari kata 'Malaya'.Belum lagi membicarakan kata 'Melayu' yang kononnya dalam bahasa Jawa bermaksud 'lari',dalam bahasa Tagalog bermaksud 'bebas' dan dalam bahasa Khmer bermaksud 'bunga' (malai).Jadi yang mana satu nak ambil ni?Tak usah pening kepala.Melayu tetap Melayu,bukan berasal dari mana-mana bahasa.

*Orang Khmer Purba merujuk Srivijaya dan bahasanya sebagai Malayu,iaitu orang Melayu.

#3-British yang mencipta orang Melayu

Jawapan:Ini satu lagi hipotesis bingung.Sebelum British tiba,catatan-catatan Portugis dan Sepanyol memanggil kita dengan nama 'Malayo' iaitu slang Iberian/Latin kepada perkataan 'Melayu'.Pernah dengar istilah Malayo-Polynesia?Sebelum British tiba,telah ada beratus-ratus manuskrip Melayu yang di dalamnya bersepah perkataan 'Melayu' merujuk kepada nama satu bangsa.Sebelum British tiba,Sulalatus Salatin yang dikarang ketika Kesultanan Johor-Riau menyebutkan nama 'Melayu'.Belum lagi karya-karya dari Riau,Acheh dan Jawa.Jadi kenyataan di atas adalah '******' tahap berat.

#4-Orang Asli adalah penduduk asal sini (Malaysia)

Jawapan:Orang Asli di Malaysia terdiri dari dua kategori: Aslian,iaitu dari segi linguistik,cenderung kepada kelompok bahasa Mon-Khmer.Satu lagi ialah Aborigine Malay,yang bahasa mereka cenderung kepada Austronesia,dengan kata lain mempunyai hubungan linguistik dengan bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay ialah Jakun,Orang Sungai,Orang Kuala dan sebagainya.Salah satu Aborigine Malay yang agak antarabangsa ialah Orang Laut yang boleh ditemui di Burma sebagai Moken dan Thailand sebagai Urak Lawoi.

Orang Melayu berasal dari Aborigine Malay ini,kemudian,sebahagian mereka yang duduk di persisiran pantai,mula berinteraksi dengan dunia luar,malah mereka menyertai perdagangan antarabangsa dan berlayar ke luar negeri sehingga generasi kedua Melayu terbentuk dengan kriteria lebih maju (advance) dari generasi pertama mereka iaitu Aborigine Malay/Proto Melayu.

Ini samalah seperti orang Norseman yang sesetengahnya masih tinggal dipedalaman Scandinavia manakala ada yang berlayar menjadi satu puak bernama Viking yang berdagang,berperang dan berkahwin dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain mewujudkan generasi yang lebih maju selepas itu.

Kesimpulan: Semua persoalan di atas teramatlah mudah dijawab,HANYA JIKA,anda banyak membaca tentang sejarah terutama sejarah Melayu,ditambah dengan membaca sejarah-sejarah bangsa lain di dunia.Semua pattern lebih kurang sama,namun sesetengah orang memprovokasi sejarah Melayu seolah-olah eksklusif,bertujuan untuk mendapatkan tanahair dan keistimewaan orang Melayu,cemburu atau dengki dengan nikmat yang Tuhan kurniakan kepada orang Melayu atau saja berniat jahat kerana terlampau kiasu iaitu bimbang kalau-kalau dihalau dari negara ini atau dicop pendatang setaraf dengan imigran Bangladesh,Indonesia atau Myanmar.

Malaysia diantara 5 negara paling ramai pelacur di Asia


Amat mengejutkan apabila Malaysia termasuk senarai lima negara di Asia mempunyai jumlah pelacur paling ramai. Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan dikarang oleh Denis Foynes. 

Dari data yang dikumpulkan Foynes, berikut merupakan negara Asia yang mempunyai paling ramai pelacur:

1.Korea Selatan
Foynes melaporkan 110 dari 10 ribu orang Korea Selatan terdiri dari pelacur. Pada awalnya, hanya beberapa kawasan yang dibolehkan bagi para wanita ini menjual diri namun akhirnya, setiap daerah telah pun mempunyai organisasi pelacurannya sendiri. Jika ini jumlah yang sebenar, maka dengan populasi 50 juta penduduk Seoul, Korea Selatan mempunyai kira-kira 550 ribu orang pelacur. 

2. Filipina
Kelab malam dan kafe-kafe yang menghidangkan minuman beralkohol sememang merupakan salah satu dari pelancongan yang ditawarkan di Filipina. Golongan perempuan bekerja sebagai pelayan bar namun tidak berhenti setakat itu sahaja. Kebanyakkan dari mereka juga menjual diri walaupun dari segi undang-undang, pelacuran ada lah satu kesalahan di Filipina. Menurut Foynes, sekitar 85 orang dari 10 ribu penduduk Filipina adalah pelacur. Ketika ini, populasi penduduk negara itu adalah seramai 97 juta orang. Itu bererti sekitar 800 ribu orang di Filipina adalah wanita golongan pelacur. 

3. China 
Pelacuran merupakan perniagaan yang boleh dijalankan menurut undang-undang di China, berikutan ia tergolong dalam industri pelancongan dan sering dilanggan oleh pelancong asing. Dengan populasi 1.3 juta warga China ketika ini, kira-kira 60 orang dari 10 ribu rakyatnya adalah pelacur. Ertinya di sini, China mempunyai 7.8 juta wanita yang bekerja sebagai pelacur. 

4. Malaysia 
Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, ia tidak menghalang negara ini dari memiliki sejumlah pelacur yang agak ramai. Sekitar 52 orang dari 10 ribu penduduk dengan populasi sebanyak 30 juta orang telah membuatkan negara ini memiliki sejumlah pelacur seramai 156 ribu orang. Bahkan, Amerika Syarikat juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia dengan kekerasan. Di negara ini juga didapati terdapat berlakunya pelacuran kanak-kanak.

5. Thailand 
Sekitar 45 orang dari 10 ribu rakyat Thailand terlibat dalam kegiatan pelacuran. Meskipun dibenar oleh undang-undang, namun pemerintah Negara Gajah Putih ini sangat bertoleransi dalam memantau industri ini pada hal, ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang menikmati sajian seks. Di pelbagai tempat pelancongan di Thailand, hampir setiap malam diadakan pesta yang mampu mengundang kepada pelacuran. Dari jumlah yang telah disebutkan, dengan bilangan populasi penduduk seramai 67 juta orang , ini bererti bahawa kira 299 ribu wanita Thailand adalah pelacur. 

p/s: Malaysia tersenarai disebabkan ramai pelacur pendatang asing mencari makan di negara ini.

Kenapa ARAK itu AIR KENCING SYAITAN!!!






salam...

aku taknak bebel panjang2....


aku juz meringkaskan penceritaan aku...


sebelum ni, aku tak pernah berkawan dgn org yg meminum arak...tahun ni FIRST TIME aku berkawan dgn orang yg minum arak..


sebelum ni, aku cuma tau yg "ARAK itu bahaya, memabukkan"....
tapi sekarang baru aku tau betapa SYAITANnya ARAK tu...mmg teruk...

bila tgk dpn mata kesan ARAK itu terhadap manusia, barulah kita akan benci sebenci bencinya terhadap arak...apa lagi kalau org mabuk yg kita tgk itu adalah kawan kita..

aku tak sangka kawan aku itu rupanya peminum arak....


baru aku tau kenapa org ckp ARAK itu AIR KENCING syaitan...sbb bila MABUK,, macam dirasuk syaitan,jin....dia jadi sekejap sedar, skejap tak sedar....diri kita pun dah tak jadi mcm diri kita..

member aku tu sampai nak terjun bangunan..nasib baik ada member aku sorg lagi pegang tangan dia....

malas nk CERITA panjang,,,aku kalau boleh nak BAKAR je semua kilang2 ARAK di seluruh DUNIA ni....stop la buat ARAK....takdak faedah....

aku harap aku dijauhkan daripada mencuba arak.....

org ***** je minum arak...bagi sesiapa yg nak mencuba ARAK,,,hentikan niat anda...aku dh tgk dpn mata effectnya....bagi yg dh biasa tgk org mabuk, aku tak tahulah...tapi aku first time tgk org mabuk smpai nk bunuh diri mcm gitu.....

apa2 pun, ARAK mmg takdak guna....takdak faedah...janganlah meminum arak, wahai kawan2...

peringatan ini bkn sahaja utk kawan2 aku , tapi juga utk mengingatkan diri aku sendiri supaya jgnlah dekati arak......

dkt pusat karaoke, hati2...kalau ad org bagi air,,, takyah minum la....kita beli je kt luar, buat masuk dalam...sebab kita taktahu menatang apa dia letak dalam air tu....ataupun senang2 takyah karaoke la....karaoke kat rumah pun ckup..ataupun masuk dalam kereta, tutup cermin tingkap semua,,,karaoke je dalam kereta....

aku pn dah takdak apa dah nk ckp

dan skarang aku rasa nak bomb je kilang arak..

sekian....

Hudud tidak berjaya kurangkan jenayah






Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut perundangan.

Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar jenayah, keadilan dan keamanan.

"Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia”, hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana situasi yang berbeza.

"Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya orang tua dan insaf.

"Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya.

Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus dipertimbangkan.

"Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya.

"Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara," katanya.

Abdul Hamid menjelaskan walaupun hukuman hudud dilaksanakan ke atas penganut Muslim sahaja, ianya masih bertentangan dengan Perlembagaan yang menjadi asas undang-undang negara.

"Jika ia dibuat hanya kepada Muslim, ia pasti bertentangan dengan Artikel 8 memandangkan ia mendiskriminasi atas asas agama dan maka itu ia bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.

Undang-undang negara berteraskan sistem perundangan “common law”, bagaimanapun undang-undang Syariah juga dilaksanakan oleh negeri kecuali Wilayah Persekutuan, namun Abdul Hamid menegaskan undang-undang Syariah tersebut mestilah selaras dengan Perlembagaan negara.

"Ramai orang berfikir memandangkan kesalahan hudud dan qisas diperuntukan dalam Syariah dan undang-undang Islam dibawah bidang kuasa negeri, maka Dewan Negeri boleh mengubal undang-undang sedemikian.

"Sebahagiannya tepat. Di Malaysia, sebarang undang-undang mestilah konsisten dengan Perlembagaan," katanya.

Beliau juga berkata Dewan Negeri tidak boleh meminda undang-undang Syariah untuk dilaksanakan ke atas bukan Muslim kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Abdul Hamid juga tidak menolak sekiranya hudud dilaksanakan secara rapi dan persediaan tidak mencukupi, seluruh agensi pihak berkuasa negara akan berdepan dengan kecelaruan.

"Polis tidak tahu apa patut mereka buat, pendakwaraya tidak tahu nak buat apa, peguam tidak tahu nak buat apa dan hakim juga tidak tahu nak buat apa.

"Peguam bergegas ke kedai buku untuk mencari apa saja buku mengenai subjek tersebut," kata Abdul Hamid menerangkan situasi yang berlaku di Sudan sebaik undang-undang Islam tersebut dilaksanakan.

Lebih mengejutkan Abdul Halim apabila kerajaan Sudan mengumumkan sekiranya doktor enggan memotong tangan penjenayah, kerajaan sendiri akan memberi latihan kepada hakim untuk menjalankannya.

Pelaksanaan hukum hudud diperjuangan oleh parti Islam PAS, bagaimanapun usaha tersebut sering menerima kritikan sama ada daripada rakan pembangkang Pakatan Rakyat serta kerajaan Barisan Nasional.

Tahun lalu, kerajaan PAS di Kelantan melontarkan sekali cadangan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Pengkritik tidak melihat usaha tersebut akan berjaya memandangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional masih memiliki kata putus ke atas pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut.

Pengkritik menegaskan penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Tahun lalu, negara jiran, Brunei Darussalam telah menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud.

Susulan pengumuman tersebut, kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama erat dengan Brunei termasuk menghantar pegawai bertanggungjawab bagi melihat pelaksanaan hukuman hudud di negara terbabit.


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu meminda Perlembagaan negara bagi melaksanakan hukum hudud, kata ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun katanya, sebelum berlaku sebarang pindaan bagi melaksanakan hukum itu, ia turut memerlukan persetujuan daripada semua pihak.

"Kalau Perlembagaan tidak dipinda, bagaimana untuk dilaksanakan di negeri-negeri yang tidak mempunyai kuasa bagi menyelaras perkara tersebut.

"Saya tidak kira pandangan orang lain, kita orang Islam ini memang menyokong hudud, tetapi apakah Perlembagaan negara mengizinkan kita membenarkan negeri untuk mempertimbangkan (pelaksanaan hukum hudud) bagi soal jenayah," katanya.

Namun ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk membahaskannya di Dewan Rakyat, katanya ia bergantung kepada usul dan keputusan daripada Kerajaan Kelantan.

"Kita tengok keputusannya dulu, dia walau macam mana sekalipun kena pinda Perlembagaan, kalau ikutkan keadaan sekarang tidak boleh.

"Saya tiada bantahan, cuma di bawah Perlembagaan tidak boleh, kerana ia di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebagai orang Islam kita sokong hudud," ujarnya yang lebih mesra digelar Ku Li.

Katanya lagi, pelaksanaan hukum hudud perlu melibatkan kajian mendalam kerana ia berkait dengan soal jenayah.

"Jadi di bawah hudud, ia mungkin akan berkait dengan soal-soal kes berkaitan dengan jenayah.

"Tapi di bawah Perlembagaan sekarang, yang kita pakai sekarang tiada kuasa untuk negeri pertimbang soal jenayah," kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan.

Terdahulu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan Pas mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri itu.

Sinar Harian

baca dgn hati yg terbuka ya....



-:boleh la kata dia x cukup mendalami islam lagi,dan dia kata rakyat malaysia termasuk anda pun x pandai sangat islam.
kalau anda minum arak atau main judi kalau kena tangkap boleh lah kata 'saya x tahu arak judi tu haram'??

Misteri pokok petai 'menangis'







PASIR MAS - Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini.

Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.

Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.

“Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.

“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.

Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

“Kejadian pelik itu turut didengari oleh jiran yang tinggal berhampiran dengan pokok berkenaan dan selepas itu perkara tersebut menjadi bualan penduduk kampung sehingga tempat ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.

Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ismail Loman, 58, berkata, tangisan tersebut dapat didengari bermula jam 12 tengah malam dan ke atas.

“Kejadian itu cukup menghairankan penduduk dan ia merupakan kejadian aneh pertama di kampung berkenaan sejak menetap di kawasan itu 13 tahun lalu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan kejadian mendapati terdapat kesan air yang didakwa air dari pokok berkenaan di atas jalan.

Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tersebut secara lebih dekat.

Sementara itu Pengamal Perubatan Islam, Datuk Shamsuri Shafie berkata, kejadian tersebut berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Tobibi berkata, berdasarkan kejadian yang sama pernah berlaku di sini beliau yakin kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut.

“Sepertimana dakwaan yang mengatakan pokok petai itu mengeluarkan air mata, saya berharap orang ramai tidak terpengaruh sehingga terlalu taksub dengan air tersebut.

“Ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Pulau Pinang, dan beberapa tempat di negeri sebelah utara.

Jika dipertimbangkan faktor tiupan angin, pokok-pokok tinggi seperti pokok petai ini biasanya akan mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan jika ditiup oleh angin.

Oleh itu, kemungkinan pokok petai berkenaan yang mengeluarkan bunyian itu ada kaitan dengan faktor alam semula jadi.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.

“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.

Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.
Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.
“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.
Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu. 

:-agaknye org zaman dulu2 selalu kot minum air kencing serangga sebab xtau punca sebenar mana datangnye air tu hahahahaahha