murid diberi kaji selidik berkait seks, masturbasi



 Sebuah sekolah kebangsaan di Nilai menerima kecaman daripada ibu bapa apabila pihak pentadbiran mengeluarkan borang kaji selidik berkaitan kesihatan seksual yang melampau.

Sumber berkata, sekolah berkenaan kini dikecam hebat ibu bapa apabila guru bertanggungjawab mengedarkan borang kaji selidik yang berunsurkan seks kepada murid tahun empat.

Katanya, kebanyakan ibu bapa mengadu kurang senang tindakan itu kerana bimbang soalan sedemikian merosakkan pemikiran anak mereka. 

“Pemerhatian mendapati borang diedarkan guru sekolah itu mempunyai lima muka surat tetapi soalan berbaur seks pada muka surat ketiga.

“Soalan yang dianggap melampau adalah masturbasi, hubungan seks luar tabii, kemaluan, bertukar pasangan, tukar jantina, kehamilan dan lain-lain,” katanya.


Menurutnya, tidak patut pihak pengurusan mengedarkan borang kaji selidik itu kepada murid sekolah rendah. 
“Difahamkan, selepas menjawab borang kaji selidik itu, murid yang pulang ke rumah bertanyakan semula soalan terbabit kepada ibu bapa hingga menimbulkan rasa kurang senang,” katanya. 

:- nampak gaya dah makin teruk da skrg ni,benda2 mcm ni pun boleh plak nak tanye,dah tentu semua soalan itu xkan dijawab dengan jujur ape punye skolah lah,

No comments:

Post a Comment