Kelajuan Malaikat, 50 kali kelajuan cahaya.
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"
(HR. Muslim dalam shahihnya, no. 2996)
Kerana malaikat dicipta dari cahaya maka ia mewarisi sifat-sifat cahaya. Oleh itu malaikat tidak boleh dilihat dan mereka bergerak secepat cahaya.
Al-Quran menyebut bahawa malaikat mempenyai kelajuan terbang dengan sangat cepat.
Dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang(79. An Naazi´aat : 3-4)
Demi malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan,dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya (77. Al Mursalaat : 1-2)
Secara jelas ayat diatas mengkhabarkan bahawa malaikat memiliki kemampuan terbang dengan cepat. Hal ini kerana penciptaannya berasal dari cahaya. Badan malaikat yang tercipta dari cahaya yang ringan oleh itu ia dapat bergerak dengan laju.
Kelajuan cahaya ialah 300,000km/saat, oleh itu malaikat juga boleh bergerak dengan kelajuan yang tinggi . Malaikat boleh mengelilingi bumi sebanyak 8 kali sesaat.
Dengan kelajuan yang tinggi ini, maka ia memiliki berbagai kelebihan. Diantaranya, malaikat memiliki waktu yang sangat panjang dibanding dengan waktu manusia.
Al-Quran menyebut:
Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun (70. Al Ma´aarij : 4)
Ayat diatas dengan jelas menyebut kepada kita bahawa sehari bagi malaikat adalah seperti 50,000 tahun bagi manusia.
Mengapa terjadinya demikian? Kerana malaikat memiliki kelajuan yang sangat tinggi.
Ilmu fizik menjelaskan bahawa bagi makhluk yang bergerak dengan kelajuan cahaya maka waktu akan bergerak perlahan baginya.
Dr Mansour Hassab El-Naby seperti dalam tulisannya mengatakan bahawa untuk satu hari yang bersamaan dengan 1000 tahun adalah sama dengan kelajuan cahaya (299,792.4989 km/saat). Berdasarkan rumus-rumus dan cara yang sama untuk perbandingan sehari sama dengan 50,000 tahun maka dapat diperolehi hasil perhitungan sama dengan 50 kali kelajuan cahaya.
Kesimpulanya adalah berdasarkan maklumat dari Quran, dapat dikira kelajuan terbang malaikat dan Jibrail iaitu 50 kali kelajuan cahaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berdasarkan kiraan saya pula. Kelajuan malaikat adalah 146 kali lebih laju dari kelajuan cahaya.
ReplyDeletedikatakan sekali libasan sayap malaikat bersamaan 1000 tahun perjalanan manusia.
setelah dikira2..
1 jam = 5 km
1 hari = 120 km
1 bulan = 3606 km
1 tahun = 43,800 km
100 tahun = 4,380,000 km
1000 tahun = 43,800,000 km
libasan yang dibuat oleh malaikat sesaat = 43,800,000 km
1minit = 2,628,000,000 km
1jam = 157,680,000,000 km
1hari = 3,784,320,000 km
1tahun = 1,381,276,800,000,00 km
percaya atau tidak kelajuan cahaya setahun yang telah diiktiraf adalah
9,9460,800,000,000 km (300,000 km sesaat)
dan cuba bahagikan antara kelajuan malaikat dan cahaya untuk setahun
= 146!!
Subhanallah
ReplyDeleteSubhanAllah
ReplyDelete