Bayangan sistem kewangan dunia

Di bawah ini merupakan bayangan sistem kewangan dunia yang digambarkan dalam bentuk cerita agar mudah difahami. Selepas berlakunya tsunami kewangan dunia 2008 yang lalu, pakar ekonomi dunia menggambarkan akan berulangnya kegawatan yang lebih dasyat kerana masalah pokok yang menyebabkan berlakunya kegawatan itu tidak dirawat dengan tepat. Oleh itu, pakar-pakar ekonomi mendapati penyelesaiannya ke arah Perbankan Dan Kewangan Islam. Satu perkara yang menarik, Sistem Perbankan Dan Kewangan Islam semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Aset Perbankan Islam telah berkembang 4 kali ganda dalam masa 2 tahun. Oleh itu, tidak mustahil sistem perbankan dan kewangan Islam akan menguasai kewangan dunia dengan keadilan dan kestabilan yang dibawanya.




1. Riba
2. Fiat money
3. Rezab fractional perbankan

Terdapat 2 pulau yang berjiran jauh di tengah lautan. Satu daripadanya bernama Aya dan yang satu lagi dipanggil Baya. Di pulau Aya tinggal penduduk yang bergelar Sukus. Ia adalah pulau yang subur dengan sayuran-sayuran dan buah-buahan yang melimpah. Terdapat beberapa air terjun dan sungai yang membekalkan penduduk-penduduk di situ dengan air yang bersih dan tempat-tempat perkelahan untuk berehat. Lautan di sekitarnya tidak tercemar dan mereka mendapat makanan ikan yang melimpah ruah dan lain-lain makanan laut. Pulau itu juga ada emas, dan penduduknya, terutama wanitanya, sukakan emas. Mereka jmenggunakan kepingan emas sebagai wang kerana semuanya menganggap emas bernilai. Ketua mereka yang bernama Saka, memproses emas sebagai kepingan sebagai wang. Mereka mnejalankan kehidupan yang mudah dan saling bekerjasama dan tiada faedah/riba dikenakan/dicajkan untuk pinjam-meminjam di antara mereka. Kadangkala, ombak besar dan angin kencang memusnahkan beberapa hartanah mereka, biasanya rumah kediaman, tetapi masyarakat ini segera diatasi secara gotong-royong membina dan membaiki kerosakan tersebut. Selain itu, masyarakat ini hidup aman damai yang menjalani kehidupan secara penuh kebahagian.

Pulau Baya pula, didiami oleh penduduk yang bergelar Tukus. Pemimpin mereka adalah seorang yang bernama Taka. Pulau Baya juga subur dan orang-orang Tukus sebahagian besarnya adalah petani yang bekerja di sawah padi atau memelihara lembu kambing dan ayam itik. Beberapa daripada mereka adalah mahir dari segi seni tangan dan mengeluarkan pelbagai alat-alat dapor. Mereka juga hidup aman dan bergotong royong untuk hidup. Orang-orang Tukus ini tidaklah secanggih Sukus, kerana mereka menjalankan perniagaan secara barter. Orang-orang Tukus menyedari orang-orang Sukus adalah lebih kaya, lebih sihat dan mempunyai bandar-bandar yang lebih canggih daripada mereka. Mereka (Tukus) selalu beranggapan orang-orang Sukus adalah dianugerahi kelebihan dan lebih hebat daripada mereka sendiri. Walaupun mereka berurusniaga secara barter dengan Tukus, mereka tidak memahami konsep wang. Walaubagaimanapun, wanita-wanita mereka juga sukakan emas, terutamanya emas yang dibuat oleh orang-orang Sukus.

Suatu hari, 2 orang yang berpakaian kemas tiba dengan kapal di pantai pulau Aya. Mereka bernama Gago dan Sago. Orang-orang Sukus yang begitu peramah menyambut ketibaan pelawat baru mereka. Gago dan Sago mengkagumkan mereka dengan cerita pengembaraan mereka. Gago dan Sago menunjukkan beberapa matawang emas dari negara lain dan beberapa wang kertas yang digunakan oleh penduduk-penduduk yang jauh sebagai wang. Penduduk Sukus tidak pernah melihat kertas sebelum ini. Wang kertas tersebut malah mempunyai gambar pisang atasnya – buah-buahan mereka. Malah dua orang asing tersebut menunjukkan mereka sebuah mesin pencetak wang seperti yang ditunjukkan. Wow! Ini mendapat perhatian Sukus. Mereka merasa kagum kerana mereka tidak pernah melihat seperti yang telah ditunjukkan oleh Sago dan Gago. Penduduk amat sukakan Sago dan Gago dan mengajak mereka tinggal bersama mereka di pulau.

Gago dan Sago meyakinkan mereka bahawa sebuah institusi yang dipanggil bank akan membei manfaat kepada mereka. Kedua-duanya menerangkan bahawa bahawa sebuah bank akan menyediakan tempat untuk menyimpan wang emas mereka selamat disamping meningkatkan keadaan ekonomi mereka dengan membolehkan simpanan yang ada boleh digunakan oleh orang lain untuk penggunaan prodaktif, yang mana jika tidak ia akan terbiar. Orang-orang Sukus, yang merupakan orang yang suka menolong orang lain, beranggapan ia merupakan idea yang hebat. Gago dan Sago kemudian membina banguinan kecil dengan peti besi di dalamnya dan mula mengoperasikan bank pertama di pulau Aya.

Sago dan Gago meraikan majlis tersebut dengan memberi penduduk pulau tersebut pesta yang berwarna-warni dengan pelbagai acara. Penduduk menyerbu ke bank tersebut untuk mendepositlkan kepingan emas (gold coins) mereka. Pendeposit diberi sekeping kertas yang dicetak bagi setiap keping emas yang didepositkan, dengan jaminan mereka akan dipulangkan balik kepingan emas bagi setiap keeping kertas yang mereka serahkan kepada bank. Orang-orang Sukus merasa teruja dengan “wang” kertas yang mereka dapat kerana ia juga mempunayi gambar pemimpin mereka Saka disamping pokok pisang. Malah, Saka juga measa gembira juga.

Orang-orang Sukus mendepositkan kesemua kepingan emas mereka, berjumlah 100 000 keping dan helaian wang kertas yang sama jumlahnya juga diagihkan kepada pendeposit. Sejkarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati ia adalah lebih selesa daripada kepingan emas yang berat seperti yang mereka gunakan. Wang kertas yang dicetak oleh Gago dan Sago, kini menjadi matawang yang dominan di pulau itu. Tiada siapa yang menggunakan kepingan emas (gold cioins) lagi. Penduduk merasa gembira dengan kemudahan di mana mereka boleh melaksanakan dengan mudah perniagaan mereka. Mereka amat mempercayai Gago dan Sago kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas (wang kertas) untuk pemulangan/pertukaran, kehendak mereka dipenuhi . Gago dan Sago dihormati dan disanjung dalam masyarakat tersebut.

Orang-orang Tukus yang mendengar segalanya juga menjadi teruja dan merayu kepada Gago dan Sago supaya membantu mereka juga. Gago dan Sago tersenyum diantara mereka dan memberitahu orang-orang Tukus bahawa mereka juga akan bersedia untuk membantu. Kedua-dua mereka membina bangunan yang sama di Baya, dan Sago diletakkan di sana sebagai pengurus. Perbezaan di antara pulau Aya dan pulau Baya ialah orang-orang Tukus tiada kepingan emas untuk didepositkan. Sago kata itu tidak mengapa. Dia mengeluarkan 1 000 keping wang kertas kepada setiap keluarga untuk digunakan sebagai wang. Oleh kerana terdapat 100 kelaurga di Baya, jadi 100 000 keping wang kertas telah dikeluarkan. Walaubagaimanapun, Sago mengingatkan mereka bahawa pada akhir tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1 100 keping wang kertas, 10 peratus lebihan dicajkan untuk perkhidmatan yang ditawarkan. Orang-orang Tukus mendapati wang kertas itu seperti silap mata. Ia membuat urusniaga mereka jauh lebih senang berbanding dengan kaedah barter dahulu. Orang-orang Tukus menjimatkan masa dibandingkan dengan kaedah barter dimana perlu mencari pihak lain untuk ditukarkan dengan barang mereka. Sekarang mereka boleh mengkhususkan pada kerja yang mereka mahir. Ekonomi mereka mula berkembang dengan pesat.

Sekarang Gago dan Sago memtuskan sudah tiba masanya untuk mereka membuat tipuan mereka …. Gago perhatikan bahawa di Aya, secara puratnya hanya 10% daripada emas yang didepositklan telah dituntut oleh orang-orang Sukus pada masa-masa tertentu. Lebihan 90% masih kekal di peti besi,. Menyedari bahawa wang cetakan mereka telah beredar sebagai wang, Gago mencetak tambahan 900 000 keping lagi sebagai wang. Gago mengira bahawa dengan tambahan kertas (wang kertas) tersebut, sejumlah 1 000 000 keping kertas akan berada di tangan dan jika orang-orang Sukus menuntut emas mereka (purata 10% daripada wang tersebut) , dengan ini 100 000 deposit awal kepingan emas akan sentiasa ada untuk tuntutan. Gago mengeluarkan pinajamn lebihan 900 000 wang kertas kepada orang-orang Sukus yang memerlukan pada caj faedah (riba) 15%).

Orang-orang Sukus mula mendapati harga barang-barang meningkat. Ini mengelirukan mereka dan tiada siapa yang dapat menjelaskannya. Setengah daripada mereka yang telah meminjam daripada Gago tidak mampu membayar hutang mereka kembali walaupun mereka bekerja kuat untuk memdapat wang tambahan. Perniagaan semakin sengit dan masyarakat semakin tidak mesra dan kurang berkasih-sayang antara mereka dibanding sebelumnya. Orang-orang Tukus juga mendapati perkara yang sama berlaku kepada mereka. Pada awalnya, mereka tidak menyedari kenaikan harga tetapi mereka mendapati perubahan tingkah laku kepada orang-orang mereka. Mereka menjadi semakin bersaing dari segi sikap dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Walaupun dengan kerja kuat dan tingkah laku bersaing, masih ada di antara mereka yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka. Mereka masih tidak mampu untuk memperolehi cukup wang untuk membayar balik jumlah hutang mereka. Sekarang Sago mula merampas kekayaan sebenar daripada pemiutang yang tertangguh – seperti tanah, lembu, kambing dan lain-lain. Ketua mereka Taka ialah di antara yang terhutang dan tidak mampu membayar. Tetapi Sago memberinya dan lain-lain orang-orang Tukus tambahan wang kertas sebagai menjadualkan semula hutangnya. Ini meningkatkan lagi jumlah terhutang. Seterus hutang Taka menjadi lapuk lagi dan perlu dijadualkan semula lagi. Sekarang Taka cuba mengelak perjumpaan dengan Sago. Dia merasa malu dan mendapati kuasa, kebanggaan, keberanian dan maruahnya mula jatuh. Sebaliknya, dia mendapati kuasa, kebanggaan, keberanian dan maruah yang telah hilang daripadanya telah berpindah kepada Sago.

Setelah beberapa tahun, Gago dan Sago yang dahulunya mendarat di pantai pulau Aya dengan hanya mesin cetak, kini memilki hampir kesemua daripada tanah dan harta benda di kedua-dua pulau Aya dan Baya. Penduduk telah menurun/merosot hanya menjadi pekerja, dimana sebahagian daripada mereka mejadi miskin. Ramai daripada mereka bekerja hingga larut malam uintuk mencukupkan keperluan hidup. Mereka kini mempunyai masa yang kurang untuk keluarga, kawan dan aktiviti kerohanian/keagamaan. Masalah sosial bertambah meluas. Penduduk tidak mempedulikan orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah dengan lahirnya kemiskinan, penyakit sosial yang lain semakin merebak seperti jenayah, pelacuran, dan lain-lain. Kebudayaan mereka mula secara berperingkat berubah kerana Gago dan Sago memperkenalkan budaya baru yang dianggap lebih “hebat” daripada bangsa yang “hebat” di mana mereka lahir. Inilah akhirnya penduduk yang penyayang dan saling mengambil berat daripada dua pulau Aya dan Baya, yang mana mereka sebelum ini hidup aman tetapi bahagia sebelum Gago dan Sago datang dengan mesin percetakannya.

Gago dan Sago tidak berhenti di situ. Mereka terus mengembangkan sayap mereka kepada penduduk lain dan masyarakat lain. Impiam utama mereka ialah menjadi Pemerintah Teragong Global dengan mewujudkan satu bank global dengan satu jenis matawang global.

No comments:

Post a Comment