Nafas berbau tanda penyakit


Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.

MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.

"Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

No comments:

Post a Comment