Salam semua,
Aku nak mintak pendapat kalian semua tentang kawan satu ofis dengan aku ni.
Dia ni dah tua. Umur dalam 60 tahun ke atas.
Orang sama umur dengan dia, sibuk cari ilmu agama nak bawak bekalan ke akhirat.
Dia ni sebaliknya pulak...enjoy dengan hiburan duniawi.
Kebelakangan ni kan ada isu kalimah Allah...orang agama lain pun nak pakai kalimah tu.
Jadi dia ada bincangkan hal ni dengan kami satu ofis dan dia banyak luahkan perasaan dia kat kami yang dia ni seolah-olah tak percaya dengan agama Islam.
Antara statement-statement yang dia cakap adalah:
1. Kalau betul Allah tu wujud dan sayang dengan hambanya, kenapa dia turunkan bala? tak kesian ke kepada mangsa2 banjir haritu?
2. Kita semua mudah sangat percaya dengan kata-kata ustaz. Entah2 hadis yang disampaikan tu cuma direka-reka. Ada bukti hadis tu betul?
3. Sejauh mana kebenaran hadis-hadis yang disampaikan kepada kita walhal hadis-hadis tu telah muncul sejak beratus tahun lamanya?
4. Aku percaya Nabi Muhammad tu wujud sebab dia baru mati. Tapi, nabi-nabi yang sebelumnya, kamu rasa wujud ke? ape bukti sahih? Aku rasa nabi adam dulu ada banyak bulu dan rupa macam monyet kot. Takkan masa tu dah ada baju. Kita skang dah xde bulu, sebab tu wujudnya baju.
5. Jika seseorang tu lahir dalam keluarga Kristian atau agama selain dari Islam, adakah adil nak sumbat dia dalam neraka?
6. Allah telah menentukan takdir seseorang itu...samada seseorang tu jadi baik atau jahat. Jadi apa fungsi wujudnya neraka dan syurga kalau takdir seseorang itu telah ditetapkan? Kenapa tidak ditakdirkan seseorang itu semuanya jadi baik....atau semuanya jadi jahat?
7. Kenapa tak pergi ke mekah? Hmmm...Aku lagi rela derma duit aku dari pergi mekah...aku x ada perasaan langsung nak ke sana.
8. Perasan tak, agama mana yang selalu duduk berperang? Dahla selalu berperang, negara2 Islam mundur pulak tu. Cuba tengok agama lain, ada macam kita? Tak malu ke?
9. Hadis yg ada sekarang dicipta pada zaman dulu. Adakah relevan nak jadikan hadis sebagai rujukan sedangkan dunia makin berubah dan contoh2 cerita dalam hadis tertumpu kepada keadaan pada zaman tu? Kalau kita ikut sunnah nabi Muhammad makan kurma semasa berbuka, kita akan dapat pahala. Andaikata, pada zaman nabi Muhammad ada buah epal dan nabi makan buah epal masa berbuka. Adakah kita akan akan dapat pahala kalau ikut?
10. Kita mudah percaya dengan apa yang ustaz kata. Bila aku tanya soalan yg berkait dengan logik, ustaz kata xleh main2 dengan agama. nanti tuhan marah. cukup dengan percaya je. Masalah skang ni, macamana nak percaya kalau aku tak paham? Dah tu pulak, tuhan marah ke kalau aku tanya lebih2?
Last sekali, dia bagitau "Aku bukan tak percaya dengan Islam, tapi banyak sangat benda yang aku rasa tak masuk akal. Bila aku tanya ustaz, dia kata aku kafir. Mungkin ustaz tu tak tau nak jawab kot....so far, takde sape bleh jawab soalan2 aku ni. Aku nak fakta...bukan cerita kosong. Kalau aku mati, aku mati dalam mencari kebenaran dalam agama."
Ada banyak lagi yg dia cakap...tapi aku dah lupa.
Aku kesian dengan dia...
Dah la tua....jauh pulak sesat tu.
Teringin jugak aku nak betulkan fahaman dia ni.
Aku tau...dia tengah mencari kebenaran. Seeking for the truth bak kate omputih.
Tapi, aku sendiri tak tau nak bagi bukti2 kat dia sebab ilmu agama aku ni xde la tinggi mana.
Jadi, pada pandangan korang, apa patut aku jawab dengan soalan2 dia ni?
Senang skit aku nak bidas point2 dia.
Harap ada yang sudi membantu.
Semoga kita dapat selamatkan kawan seagama kita dari terus jahil dan murtad.

__________________
-: KOMEN JAWAPAN
1. Kalau betul Allah tu wujud dan sayang dengan hambanya, kenapa dia turunkan bala? tak kesian ke kepada mangsa2 banjir haritu?
a. Jangan Citer pasal bala pada dia , cuba tanya berapa banyak nikmat yang Allah bagi berbanding Bala yang Allah beri sekali sekala..? Bala itu tanda Peingatan dan Tanda Kasih Sayang Allah...
2. Kita semua mudah sangat percaya dengan kata-kata ustaz. Entah2 hadis yang disampaikan tu cuma direka-reka. Ada bukti hadis tu betul?
b. Kita percaya kepada Ustaz2 bersandarkan ilmu , amalan ,akhlak dan pegangan nya terhadap ahlus sunnah wal jamaah...contoh : kita percaya pada seorang jurutera tentang pembinaan jambatan kerana ilmu dan pengalaman nya dan ditambah sikap dan amalan hidup jurutera yang baik....maka dengan senang hati ,kita merasa selamat untuk mengunakan jambatan itu...
3. Sejauh mana kebenaran hadis-hadis yang disampaikan kepada kita walhal hadis-hadis tu telah muncul sejak beratus tahun lamanya?
c. Belajar dulu bahasa Arab sebelum belajar ilmu Hadis ..adakah kita layak untuk mengklafikasi hadis....

d. Bermula dari nabi Adam a.s sehingga ke akhir Nabi iaitu Nabi Muhammad SAW terdapat sirah panjang utk senarai para anbiya a.s..cukuplah kita mengetahui 25 rasul dan 5 rasul ulul azmi...Kalau nak citer psl bulu pada nabi adam a.s , cubalah cari kitab dongeng charles darwin....
5. Jika seseorang tu lahir dalam keluarga Kristian atau agama selain dari Islam, adakah adil nak sumbat dia dalam neraka?
E.Setiap bayi yang dilahirkan , fitrahnya suci..yang mewarnakan hidupnya adalah ibu bapa , kawan2 , masyarakat , ilmu dan persekitaran amalan kehidupannya..sebab tu manusia tu di beri akal dan jiwa...akal untuk berpikir dan jiwa untuk menerima...jika akal dan jiwa tidak di gunakan untuk mencari Kebenaran dalam hidup...gelap masa depan kecuali dengan kehendak ALLAH SWT....

F. Jodoh , maut dan rezeki adalah hak Allah...Kita hidup dalam kententuan rahsia Allah SWT...apa yg kita kena buat adalah berusaha , berikhtiar dan bertawakal...Sebab dan Akibat , Allah yang tentukan...kena ingat , Ketinggian dan Kehebatan ALLAH SWT sedikit pun tak terkurang atau tertambah biarpun semua mahluk tidak sujud atau sujud kepada NYA...ALLAH SWT MAHA BERKUASA KEATAS SETIAP SESUATU
7. Kenapa tak pergi ke mekah? Hmmm...Aku lagi rela derma duit aku dari pergi mekah...aku x ada perasaan langsung nak ke sana.
G. Kalau ada hutang , bagus settle dulu hutang sebelum menderma , kalau tak mahu ke mekah ..sebab tak ada perasaan , jgn nak perasan citer psl mekah atau madinah. banyak lagi tempat menarik dgn road yang menanti seprti road to wembley...and the last one ..End of the Road !!
8. Perasan tak, agama mana yang selalu duduk berperang? Dahla selalu berperang, negara2 Islam mundur pulak tu. Cuba tengok agama lain, ada macam kita? Tak malu ke?
Agama yang Hak tetap memegang hak kebenarannya dan agama yang batil selalu berubah rubah sesuai kehendak budaya dan masyarakatnya....Agama Islam tidak boleh di perlekehkan semata mata mengikut citarasa budaya atau masyarakat semasa sebab tu terjadi penentangan secara terangan untuk sesiapa yang ingin memadam hak kebenaran agama Islam...
Malu ke...Cuba tanya mana mana negara Islam yang sedang berperang dengan orang orang Kafir seperti di palestin , irak , afghanistan...ada kah mereka malu...mereka tak malu bahkan mereka sentiasa berkobar kobar untuk berjuang hingga ketitisan darah demi agama , bangsa dan negara yang telah di injak injak oleh kekejaman dan kezaliman zionis , kafir dan munafik....
sepatutnya , kita di malaysia yg harus rasa malu kerana susah , malas dan takut untuk mem bantu saudara 2 kita yg sedang dihina , di adu domba dan disembelih ...
Bayangkan kalau satu hari, Nedgara Malaysia kita dijajah oleh Penzalim2 seperti apa yang mereka lakukan pada negara saudara2 kita.....
Nauzubillah...Moga dijauhkan kita dari bala dan ujian seperti itu....

No comments:
Post a Comment