Nabil kena boo peminat cabar semua peserta bertanding solo


Kena Boo Peminat, Nabil Cabar Semua Peserta Bertanding Solo - Nampaknya, bakat Nabil sejak akhir-akhir ini kerap diperlekehkan dan ramai yang mendakwa bahawa dia sebenarnya sudah kekeringan idea serta tidak lagi layak untuk bertanding dalam program realiti stesyen televisyen swasta.



Dalam tidak sedar, bekas Juara Raja Lawak itu sebenarnya sering di’boo’ oleh penonton semasa membuat persembahan dan perkara itu secara tidak langsung melemahkan semangatnya.

Saya buat lawak sebenarnya adalah untuk dinikmati oleh semua orang. Tapi penonton sendiri datang dengan niat untuk sokong peserta kegemaran mereka sahaja dan bertindak ‘boo’ pada saya. Saya agak sedih, kalau orang lain kat tempat saya pun akan sedih.
Nabil dikatakan sudah hilang sengat dan tidak layak ke final

Saya penat buat persiapan seminggu, hati menangis ni dan naik je pentas kena ‘boo’ pula. Apa perasaan saya? Itulah bezanya penonton di Malaysia dan luar negara. Apa yang mereka tak nampak adalah saya buat persembahan solo lawan dengan peserta berkumpulan, dan saya masih mampu layak ke final.”


Dalam temubual yang sama, Nabil turut mencabar kesemua peserta berkumpulan untuk masuk pertandingan itu secara solo pada tahun depan dan buktikan kehebatan masing-masing.

“Kalau setiap orang masuk solo tahun depan, kita boleh tengok siapa kelakar, siapa tak kelakar. Saya bukan nak cakap saya hebat, tapi saya masih boleh bertahan sampai final. Jadi saya cabar semua pelawak masuk solo.
Sebenarnya situasi industri kat Malaysia ini lebih kepada populariti daripada kuailti. Kalau masa itu, nama tengah naik, buat apapun orang akan gelak. Tapi, bila dah tak berapa popular macam saya, buatlah lawak macam mana pun, orang akan tetap rasa ianya hambar.”


Walaubagaimanapun, Nabil bersyukur kerana masih memiliki peminat yang masih mempercayai bakatnya dan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh mereka.

“Rezeki saya datang dari Allah. Saya tak pernah undi diri sendiri. Saya baru pertama kali ada kelab peminat dan itu pun mereka buat secara sukarela.

Saya sangat berterima kasih sebab mereka banyak bagi sokongan pada saya. Jadi, sekarang ini saya buat lawak untuk diri saya sendiri, keluarga saya dan mereka yang menyokong saya.”

Dalam pada itu, Nabil memberitahu bahawa dia bakal menjalani penggambaran drama terbarunya, ‘Strawberry Karipap’ di Paris pada bulan Mac ini. Mengambil kesempatan yang ada, Nabil juga akan membawa keluarganya bersama-sama di trip tersebut dan merancang untuk bercuti lebih lama di sana.

No comments:

Post a Comment