Kebahagiaan dalam perkahwinan adalah impian bagi semua pasangan yang berkahwin. Namun kadangkala kebahagiaan yang diimpikan bertukar menjadi mimpi ngeri, bilamana suatu saat seorang isteri harus meminta cerai dari suaminya lantaran berbagai sebab. Di sini akan dihuraikan beberapa pendapat ulama’.
Seorang isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa sebab adalah haram hukumnya. Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga (yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).
Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa.
Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa.
Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulama’; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan meminta ditalaqkan atau meminta khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya.
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qais telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar) (yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).

Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:
Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.
Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasaie, no: 3497]
Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’ie atau munasabah.
Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.
Wallahu ‘aklam.
salam skodeng..hehee.... bab cerai berai ni...memang sesuatu yg serious...minta perlindungan Allah...
ReplyDeleteWslm ozie .....suami isteri kenalah saling memahami dan beralah ,tapi kalau dah sampai pukul2 tu elok tinggalkan aje
Delete