Kkinik lucah tamat perkhidmatan

LOS ANGELES : Klinik untuk pelakon-pelakon dalam industri filem lucah Amerika Syarikat yang bernilai berbillion-billion dolar, The Adult Industry Medical Healthcare Foundation (AIM) telah ditutup kelmarin.

Ia dilakukan sehari selepas seorang pelakon lucah yang berusia 24 tahun, Derrick Burts yang dijangkiti HIV positif mendakwa AIM tidak memberi rawatan dengan sewajarnya.

Kegagalan AIM berbuat demikian menyebabkan beberapa produksi filem lucah terpaksa menghentikan penggambaran akibat jangkitan HIV dalam kalangan pelakonnya.

“Mengikut undang-undang negeri, semua kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perubatan perlu dikawal oleh negeri bagi memastikan ia memenuhi standard untuk menyediakan penjagaan kesihatan,” kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

“AIM tidak mempunyai lesen untuk melakukan operasi sebuah klinik perubatan. Arahan menghentikan operasi bermakna, AIM perlu menghentikan perkhidmatan perubatan sehingga ia memperoleh lesen bersesuaian dari pihak negeri,” jelasnya. – AFP

No comments:

Post a Comment