Taiyuddin Enggan Dilabel Sebagai Pelawak

Pelakon Taiyuddin Bakar enggan dilabel sebagai seorang pelawak meskipun kebanyakan watak yang dijayakannya berunsurkan komedi.

Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar, 30, berkata, sebagai pelakon dia mahu mencuba pelbagai watak dan tidak mahu menghadkan kebolehan lakonannya kepada sesuatu genre sahaja.

"Masih banyak watak yang masih belum saya pegang selain daripada komedi dan jika boleh saya mahu memperluaskan kredibiliti saya sebagai pelakon menerusi pelbagai peranan.

"Jika saya hanya menumpukan kepada komedi maka kerjaya lakonan saya tidak akan ke mana-mana dan akan sentiasa berada di tahap sama," katanya.

Bagaimanapun kata Taiyuddin, elemen komedi itu sangat penting dalam sesebuah perwatakan bagi menghidupkan sesuatu perwatakan selain memberi keceriaan kepada peranan tersebut.

Sementara itu, Taiyuddin berkata, dia bersyukur apabila sudah ramai penerbit dan pengarah mula memberikan kepercayaan kepadanya untuk mencuba watak yang lebih berat dalam drama atau filem terbitan mereka.

Jelasnya, peluang yang diberikan akan dilunaskan sebaik mungkin dan sebagai pelakon yang baru bertapak dalam industri dia perlu bekerja keras bagi memastikan namanya kukuh untuk jangka masa panjang.

"Alhamdulillah setakat ini sudah ada penerbit yang melihat potensi saya dan mula menawarkan watak yang bukan berbentuk komedi dan ini adalah peluang saya untuk membuktikan diri kepada mereka dan peminat bahawa saya boleh melakukannya," jelasnya.

Pun begitu kata Taiyuddin, keengganannya itu bukan bererti dia memandang rendah kepada pelakon yang dilabel sebagai pelawak sebaliknya memandang tinggi kepada kebolehan mereka.

"Bukan mudah untuk bagi orang ketawa dan saya sangat memandang tinggi kepada semua pelawak-pelawak yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan lawak yang disampaikan dapat membuatkan penonton ketawa.

"Malah saya sendiri belum melihat diri saya berada di tahap untuk membolehkan orang melabel saya sebagai pelawak dan masih banyak perkara perlu dipelajari sebelum layak diberi gelaran tersebut," katanya.

Dalam perkembangan lain, Taiyuddin berkata, dia bakal terlibat dalam sebuah projek filem bersama pelakon Sofi Jikan yang bakal diarahkan oleh seorang pengarah baru.

-bakat dia lebih dari itu sebenarnya sbb tu la dia xnak digelar pelawak semata2

No comments:

Post a Comment