Warga asing banjiri ibu kota, sampah berlonggok

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sempena cuti panjang Hari Raya ribuan pekerja asing mengambil kesempatan bersiar-siar di ibu kota namun budaya pengotor mereka terserlah.

Sampah bertaburan di merata-rata tempat meskipun tong sampah mencukupi disediakan dan ramai juga dilihat meludah sesuka hati di kali lima, stesen bas mahupun di pusat beli-belah.

Tinjauan Bernama di sekitar Pasar Seni serta Kompleks Kota Raya mendapati kawasan itu terutamanya di kaki lima bukan sahaja dipenuhi warga asing tetapi juga sampah sarap.

Seorang warga tempatan Cheong Kok Thai, 67, yang berniaga makanan sayur-sayuran di Jalan Petaling berkata kebiasaannya pada musim perayaan ramai warga asing akan berkumpul di kawasan itu dan sampah mula bertimbun.

"Walaupun lori sampah datang untuk mengosongkan tong sampah dan membersihkan sampah sarap tetapi tempat itu kembali kotor semula," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Lum They, 72, peniaga kedai kain di Jalan Tun Perak mengeluh tabiat pengotor warga asing yang bukan sahaja membuang sampah merata-rata malah turut meludah di merata tempat.

"Mereka kebanyakannya tidak mempunyai kesedaran akan kebersihan, tidak hairanlah keadaan di sekitar ibu kota lebih kotor daripada biasa pada hari kelepasan am," katanya.

Sementara itu, K. Sharmella Rani, 27, juga kesal dengan sikap pekerja asing yang merosakkan harta benda awam seperti papan tanda dan tong sampah di perhentian bas dan jejantas.

"Jika dilihat, kesemua kawasan yang dikerumuni warga asing seperti Petaling Street, Lebuh Pudu dan Masjid Jamek berada dalam keadaan kotor dan banyak harta benda awam dirosakkan," katanya.

Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana kepentingan masyarakat tempatan dilihat terjejas dengan perbuatan warga asing yang bersifat pentingkan diri sendiri, sedangkan mereka datang ke Malaysia untuk mencari nafkah,

No comments:

Post a Comment