Perbualan berbaur rasis dalam premis perniagaan di KLCC

SAYA dengan ini ingin melahirkan rasa kesal dengan kebiadapan pekerja jualan (sales person) yang secara terbuka berbincang dan berdebat mengenai topik yang menyentuh sensitiviti kaum di dalam premis perniagaan di KLCC.

Pada pukul lebih kurang 7 malam, 18 Ogos 2013, saya ke premis itu di KLCC, Tingkat 2 di bahagian cenderamata dan pen untuk mencari sesuatu.

Sewaktu saya sedang melihat-lihat barangan yang hendak dibeli, telinga saya tertarik dengan
suatu perdebatan yang agak kuat di antara dua juru jual.

Antara perkara yang terdengar daripada pekerja tersebut adalah seperti berikut:

1. Orang Melayu juga pendatang. Mereka bukan dari negara ini.

2. Orang Cina yang memajukan Malaysia.

Saya yang agak terkesan dengan perbualan itu berjumpa sales person terbabit dan menegur bahawa perbualan tersebut mengganggu saya.

Saya sebagai pelanggan tidak menyukai perbualan tersebut dan ia terlalu kuat dan terbuka. Namun, juru jual itu dengan angkuhnya menyatakan bahawa ini Malaysia dan dia berhak menyatakan apa yang dimahukan. Apabila saya menyatakan akan membawa perkara ini kepada pihak pengurusan premis itu, dia seolah-olah menggalakkan tindakan saya itu.

Apabila saya mengisi borang aduan dan menyatakan bahawa saya sudah berbuat demikian, dia berkata "Good!" dan menaikkan kedua-dua ibu jarinya sebagai tanda bagus dan mengulangi bahawa dia berhak menyatakan pendapatnya kerana ini adalah free country. Perbuatan tersebut benar-benar mencabar kesabaran saya.

Saya berharap pengalaman saya dapat dipaparkan agar semua pengendali pasar raya dapat mendidik juru jual mereka untuk tidak mengadakan perbualan terbuka yang melibatkan topik sensitif kerana ia boleh mengganggu sensitiviti pelanggan.

Hormatilah sensitiviti kaum di negara ini. Jangan cemarinya atas nama hak kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara juga haruslah ada batasnya
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130820/fo_02/Perbualan-berbaur-rasis-dalam-premis-perniagaan-di-KLCC#ixzz2cSxdITgd

Dah x mcm dulu dah,kalo dulu semua baik2 jerk masa zaman tun m,skrg dah kurang perpaduan dimalaysia.
Puncanya saling berkait,setiap bangsa saling tuduh menuduh,perpaduan yg iklas setiap kaum dah makin pudar kerana ada pihak yg jadi batu api mengambil kesempatan diatas kebebasan yg diberikan kerajaan.
Pihak kerajaan harus sedar dan amik tindakan bg memulihkan keadaan dlm masa sama menjaga kepentingan sama rata bg semua pihak,amat berat tanggung jwb itu sebenarnya.

No comments:

Post a Comment