Petaling Jaya: Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway
Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia
bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran,
hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.
Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan.
Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan
bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia,
Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada
di luar negara.
Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam
kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin,
pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain
bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong.
WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.
Makin rosak la penduduk tempatan,dah le kes rompak rogol byk,lagi tambah masalah sosial yg dibawa dari luar mau jahanam negara kalo dibiarkan sahaja
No comments:
Post a Comment