Datuk
Seri Najib Tun Razak hari ini memuji Che' Ahmad Azhar kerana gambar
rakamannya dimuatkan di dalam laman blog The New York Times.
"Syabas!," kata perdana menteri melalui akaun Twitternya.
'Lens', laman blog fotografi The New York Times, memuatkan gambar
rakaman Che' Ahmad bertajuk 'Walk of Life' bagi mengiringi artikel
berjudul 'A Street-Level View of Kuala Lumpur' tulisan Maggie Steber.
Che Ahmad, 49, bekas pengarah pengiklanan dan jurufoto landskap, sering
merayau di Jalan Petaling, Lebuh Ampang di Little India dan Pudu di ibu
negara untuk merakam gambar menarik.
Setelah sekian lama berdamping dengan penghuni kawasan itu, beliau
akhirnya dapat menghayati secara mendalam gerak kehidupan serta perkara
ganjil yang terdapat di sana.
'Lens' menghidangkan visual dan bahan laporan multimedia paling menarik dalam bentuk foto, video dan slaid.
Selain menjadi ruang untuk menampilkan gambar yang diabadikan jurufoto
New York Times, laman blog itu juga memuatkan karya terbaik daripada
akhbar, majalah agensi berita dan agensi gambar lain serta yang
digunakan oleh buku, galeri, muzium dan laman web.
No comments:
Post a Comment