Pengalaman lalu jalan kuala lipis-gua musang


Nak cerita pengalaman aku first time lalu jalan kuala lipis ke gua musang malam-malam.
Aku bertolak lepas bukak puasa malam raya.
Lalu mrr2-karak-bentong-raub dulu.jalan tak jem, nasib baik.
Sempat berhenti makan lagi.

Lepas kuala lipis kemudian padang tengku ok lagi.
Start lepas tu....

Nak masuk bukit 7 kena lalu kawasan kampung.
Jam dah pukul 11 malam.
Seram la pulak.Stop kejap pasang cd mengaji.

Lepas kawasan kampung nak masuk bukit 7.
Aku bawak slow jalan depan bersimpang siur.Kena pasang lampu tinggi nak tengok jalan.

Tiba-tiba ada
kabus pulak.
Cermin kereta kabur.Nak stop susah.Tepi bahu jalan kecik.
Terpaksa teruskan perjalanan.

Dengan jalan simpang siur.
Orang belakang dah tinggalkan aku sorang-sorang.
Belakang gelap gelita takde keta la pulak.
Nasib baik pasang cd mengaji.

Lepas bukit tujuh jalan lagi.
Sampai highway c.s.r chegar perah.jalan highway kejap.
Kemudian masuk jalan biasa ke gua musang.

moral :

1.kalau boleh jangan lalu jalan ni malam-malam sebab jalan macam ular.nak tengok jalan kena pasang lampu tinggi.

2.kalau hujan atau berkabus.stop dulu.bahaya kalau teruskan perjalanan.

3.kalau tak mahir sangat bawak kereta.elakkan lalu jalan ni malam-malam.

4.paling ngeri jarak selisih antara kereta dari arah bertentangan kecik aje.kalau hilang fokus sebab mengantuk ke,silau ke,kabus ke boleh eksiden bila termasuk jalan sebelah.

5.jalan pulak tak semestinya mendatar.ada jugak kena naik bukit turun bukit.selekoh tajam banyak.

6.jalan tak nampak.orang terpaksa pasang lampu tinggi.risiko terbabas sebab silau sangat tinggi.
__________________

No comments:

Post a Comment