Assalamualaikum semua, aku sekarang tengah blurrr pasal dari pagi aku sibuk dengan hal peribadi sampai laa pukul 10 malam aku free dan berjumpa dengan kawan aku ni.
sebab kawan aku ni dari malam semalam call sms aku ajak jumpa nak sembang. tapi aku buat tak peduli pasal dah lewat malam. selalunya dia tak macam tu.
dan awal pagi tadi dia call aku 2 kali aku tak sempat jawab. so, aku pun call dia balik. dan dia ajak jumpa sembang. macam urgent.
so, aku pun set appointment jumpa pukul 10 malam tadi.
masa aku jumpa dia, aku tengok dia dah macam tak sabar2 nak cerita hal dia dekat aku. so, aku pun sembang kosong dulu laa.
and then dia pun mula buka cerita.....
"hang ada cash RM30,000 tak...? abang ingat nak pinjam dulu.. lepas 2 minggu abang bagi balik duit hang RM30,000 tu dengan extra 20% daripada duit hang tu..."
aku pun tanya laa.. "abang nak buat apa dengan duit tu? invest dekat mana sampai 2 minggu dapat bagi kat saya 20% extra?..."
dia kata "adalah... abang nak guna RM30,000 tu untuk buat pemindahan duit dari negara Britain ke negara Malaysia sebanyak 750,000 POUND..."
aku terus dapat tangkap yang kawan aku ni dah terkena jerat !
aku tanya lagi... "siapa nak bagi abang duit banyak tu? kenapa dia nak jadikan abang sebagai perantaraan untuk pemindahan duit dia? abang tahu tak abang dah terkena jerat..."
terus kawan aku ni cakap "ehhhh... tak ! abang percaya yang dia jujur dan memang dia nak transfer duit dia ke negara Malaysia !..."
aku tanya, apa bukti abang sampai abang percayakan dia ??
so, kawan aku ni pun bagitau yang dia DITEGUR oleh 'seorang' perempuan di FACEBOOK untuk minta tolong jadi PENAMA dalam transaksi duit PENINGGALAN bapak perempuan ni laa kononnya ke BANK MALAYSIA.
ini facebook perempuan tu : https://www.facebook.com/lilian.philip.75?fref=ts
kawan aku ni pun melayan kerenah perempuan ni dalam facebook. dan perempuan ni BERJAYA 'ayat' duit kawan aku sebanyak RM1700 !
kononnya dia dari Penang nak balik Britain tak cukup duit tambang. perlu cash RM1500. kawan aku ni pulak punya laaa baik hati pergi BANK IN duit cash sebanyak RM1700 ke dalam akaun bank RHB 'kawan perempuan' ni.
dekat situ aku rasa HAIRAN gila ! takkan lah kawan aku ni tak dapat tangkap yang perempuan tu cuba tipu dia !!
so, kawan aku cerita yang dia dah jumpa perempuan tu dekat R&R Bukit Merah untuk dapatkan kepastian yang perkara ni betul. dan dia kata memang betul dia jumpa perempuan ni.
aku tanya, perempuan tu pandai plak cakap MELAYU? kawan aku kata boleh laa sikit2 pasal dia MIX. entah betul tidak kawan aku ni jumpa perempuan ni. entah2 dia saja cakap kat aku yang dia jumpa supaya nak dapatkan kepercayaan aku untuk pinjamkan dia RM30,000 tu.
kawan aku ni berhubung dengan perempuan tu cara SMS. pompuan tu pakai nombor DIGI. dan kawan aku cerita perempuan tu masa duduk Britain baru2 ni dia masuk wad pasal serabut kepala fikirkan pasal duit dia 750,000 POUND tu.
dipendekkan cerita, aku tanya lagi.. "abang dah bagi kat perempuan tu berapa??..."
dan kawan aku jawab, "setakat ni abang dah bagi dia RM12,000+.."
aku terus tepuk dahi.. dan aku cakap, "abang.. abang kena tipu ni..." harap abang stop laa. tak payah bagi RM30,000 dekat perempuan tu. dia cuba nak scam abang je ni... biar abang rugi RM12,000+ daripada rugi RM30,000 + RM12,000 = RM42,000 nanti !"
kawan aku kata, "takpe. hang jangan risau..." dan dia pun terus tunjuk dokumen yang dia print dari EMAIL perbualan dia dengan MANAGER BARCLAYS BANK.
aku sekali pandang dokumen yang dia print tu pun aku dah tahu yang tu semua tektik scammer.
kawan aku ni dah bagi duit dekat perempuan tu sebanyak 1040 POUND melalui Western Union untuk buka akaun bank di sana atas dasar nak buat pemindahan wang nanti.
dan kawan aku ni diberi ID dan PASSWORD untuk ACCESS masuk dalam website online banking BARCLAYS BANK tu.
ini link website online banking yang kawan aku buka : www.bbkonlines.co.uk/en/
SEBENARNYA ITU LAMAN WEB ONLINE BANKING PALSU ! LAMAN WEB SEBENAR ONLINE BANKING UNTUK BARCLAYS BANK ADALAH :http://www.barclays.co.uk/PersonalBa...P1242557947640
DAN INI BAHAGIAN LOGIN YANG SEBENAR : https://bank.barclays.co.uk/olb/auth/LoginLink.action <- br="" https="">
kalau korang perhatikan website palsu yang perempuan tu bagi dekat kawan aku tu, bahagian login website tu siap ada reveal YOUR IP ! dan bahagian bawah tu ada *(c) 2001-2013 Copyright Barclays Bank*. nampak sangat palsu !->
so, aku pun terus kata dekat kawan aku ni, "takpelah abang.. bagi saya pinjam dokumen yang abang print tu untuk saya fikirkan dulu samada saya setuju untuk pinjamkan RM30,000 tu atau tidak..."
sebenarnya aku tak nak terus terang dekat dia yang dia sebenarnya kena SCAM. ikutkan aku tadi memang nak suruh dia masukkan ID dan PASSWORD dia dekat website BARCLAYS BANK yang ORIGINAL. dia confirm terkejut beruk yang dia dah kena tipu.
so aku cadang nak jumpa dia esok pagi pukul 9am nak cerita hal sebenar.
masa nak balik tu kawan aku siap cakap, "kalau hang tak dapat bagi pinjam RM30,000 tu.. abang memang NEKAD nak pinjam ALONG RM30,000 untuk bagi dekat perempuan tu.."
aku terus rasa cuak gilaa ! aku pesan kat dia, "takpe abang.. abang balik dulu.. jangan lupa solat istikarah dulu.. minta petunjuk. apa2pun abang rilek dulu. esok pagi kita jumpa sembang..."
korang rasa apa perlu aku buat? jarak umur aku dengan kawan aku ni 20 tahun++. aku takut nanti dia kata aku ni budak lagi. tak tahu apa2 dalam hal ni.
tapi perempuan tu memang ayat dia kaw kaw. dia tunjuk mesej yang perempuan tu siap kata "take care darling.. see u soon.. muahhh <3 font="" nbsp="">"
lepas tu kata nanti kalau duit tu dah masuk dia suruh kawan aku cari rumah dekat Malaysia untuk dia stay terus dekat Malaysia. dan dia pun nak menganut agama ISLAM.
dulu aku selalu juga terbaca berita yang ada orang kena tipu dalam internet pasal kes macam gini. tak sangka betul aku yang kawan aku dalam proses nak terkena.. 3>
kawan aku tunjuk bukti duit dia dalam akaun bank Barclays tu. 1040 POUND tu adalah duit yang dia dah deposit kepada perempuan tu. kawan aku confiden gila yang dia akan dapat duit upah dari 750,000 tu nanti bila dah dipindahkan. adoii laaa..
no.akaun bank pun dah macam no.akaun bank Maybank je aku tengok
No comments:
Post a Comment