Apendiks selalu dianggap sebagai satu-satunya organ didalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang fungsi.
Namun setelah sekian lama mencari jawapan, sekumpulan saintis daripada Duke University Medical Centre akhirnya telah menemui apa yang dikatakan sebagai fungsi organ tersebut.
Menurut mereka, apendiks berfungsi sebagai tempat simpanan untuk bakteria baik yang digunakan untuk memperbaharui semula usus semasa jangkitan kolera atau jangkitan penghadaman yang lain.
Semasa jangkitan kolera, bakteria penting untuk pencernaan akan dimusnahkan, disinilah apendiks memainkan peranan dengan mengeluarkan bakteria baik untuk menggantikan bakteria yang telah musnah tadi.
Namun begitu, idea ini bukan merupakan sesuatu yang baru.
Ianya telah dipercayai sejak beberapa tahun lepas tetapi ahli-ahli sains pada masa itu tidak mempunyai bukti yang cukup untuk menyokongnya.
No comments:
Post a Comment