Jangan main-main, lambat sehari.. kena sambung 2 tahun. Reply with quote
Ambe ke JPJ disalah sebuah cawangan negeri Terengganu hari ni untuk sambung Lesen yang telah tamat tempoh. Lesen ambe telah tamat tempoh 3 hari. Hari ni baru sambung.
Disebelah ambe seorang pakcik kerja Kerajaan juga nak sambung lesen anaknya.
Nasib kami berdua sama. Kami tidak dibenarkan sambung lesen untuk tempoh setahun, alasannya sistem komputer JPJ tidak akan menerima kerana telah tamat tempoh. Dan kerani itu juga beritahu, kalau lambat sehari sekalipun, tak boleh sambung setahun. Diwajibkan sambung 2 tahun. bermakna kena bayar $60.
Sebenarnya sistem komputer tidak menerima bayaran sambungan untuk satu tahun, adalah kerana setting manusia. Tak mungkin komputer itu pandai-pandai buat sendiri. Arahan atasan la punca semua ni.
Kalau kebetulan yang nak datang bayar itu orang tidak berkemampuan, cadang $30 untuk lesen dan $30 lagi untuk beli susu anak, apa nasibnya? Terpaksa la cari pitis lain untuk beli susu anak.
Ambe berbual dengan pakcik sebelah yang menerima nasib serupa dengan ambe. Ambe kata baik ke jahat kerajaan kita yang kejam memaksa kita bayar untuk 2 tahun?
Pakcik tu jawab, biasala... kerajaan juga perlukan pitis untuk bangunkan negara kita.
No comments:
Post a Comment