Stres adalah tindak balas fizikal, mental dan emosi seseorang terhadap perubahan atau tuntutan.
ADAKAH STRES BERBAHAYA?
Apabila stress, badan bertindak balas seperti sedang berhadapan dengan bahaya (fight or flight response).
Stres kadangkala boleh membantu dalam situasi kecemasan seperti mengelak bahaya atau menyiapkan kerja.
Tetapi stres yang berpanjangan akan mengancam kesihatan fizikal, mental dan emosi.
Stres boleh menyebabkan:
-Pening, sakit belakang, sukar tidur
-Lemah sistem pertahanan badan
-Kecelaruan emosi
-Masalah kulit seperti jerawat
-Mengganggu perhubungan
-Mutu kerja/belajar terjejas
-Penyakit kronik
ADAKAH SAYA STRES?
Anda STRES sekiranya mengalami tanda-tanda berikut:
-Degupan jantung meningkat
-Pening
-Ketegangan otot
-Sakit belakang
-Pernafasan menjadi cepat
-Berpeluh
-Perut kurang selesa, loya dan cirit-birit
KENAPA SAYA STRES?
-Faktor diri – masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
-Faktor sosial – persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
-Faktor trauma – berlaku situasi yang tidak diingini
-Faktor fikiran – risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui
BAGAIMANA MENGURUSKAN STRES?
1. Kenalpasti dan uruskan punca stres:
-Jauhi punca stres
-Ubah punca stres
-Terima punca stres
-Sesuaikan diri dengan punca stres
2. Luahkan stres anda:
-Ceritakan stres anda
-Tuliskan di atas kertas
-Menangis
-Gelak/Berlawak
3. Dapatkan sokongan dan bantuan keluarga/teman rapat
-Kongsi masalah
-Cari penyelesaian
-Motivasi diri
4. Bertenang dan rehat
-Banyakkan berzikir
-Doa dan mohon perlindungan Allah S.W.T
-Tidur secukupnya
-Dengar muzik yang diminati
-Lawat tempat-tempat yang mendamaikan
-Berimaginasi
5. Lakukan aktiviti dan meditasi
-Banyakkan solat
-Baca/Fahami al-Quran
-Bersukan
-Bersenam
-Bercucuk tanam
-Pelihara haiwan kesukaan
-Lakukan perkara-perkara positif
6. Buang tabiat buruk
-Makan makanan yang tinggi kandungan nutrisi
-Kurangkan kafein, gula dan makanan berlemak
-Jauhi rokok
7. Uruskan masa anda dengan bijak
-Rancang hari anda
-Susun keutamaan
-Jangan bertangguh
8. Ubah gaya pemikiran anda
-Berfikiran positif
-Bersangka baik terhadap sesuatu/seseorang
-Jangan risau
“Sekiranya stres anda berterusan, dapatkan khidmat doktor kerana stres berpanjangan boleh membawa maut.”
PETIKAN AL-QURAN
"(Iaitu) orang-orang yg beriman & tenang tenteram hati mereka dgn zikrullah.
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu.....tenang tenteramlah hati manusia”
(Surah ar-Ra’d:28)
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan
(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)
dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya
Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
(Surah al-baqarah:153)
No comments:
Post a Comment