Hye semua...! kali ini saya ingin membincangkan sedikit sebanyak mengenai slh satu masalah kaum wanita yg sering berlaku iaitu tidak dtg haid utk beberapa bulan atau dlm bahasa perubatannya ialah 'amenorrhoea'...mungkin ramai wanita di luar sana yg mengalami mslh sebegini namun tidak memandang serius dan tidak pergi berjumpa doktor kerana mereka tidak merasakan kesakitan selain hanya berhenti kitaran haid utk beberapa bulan. Bagi wanita di luar sana yg mengalami masalah ini, harap artikel ini sedikit sbyk dpt membantu anda...
Baiklah skrg kita mulakan dgn definasi amenorrhoea itu sendiri dgn lbh mendalam....amenorrhoea bermaksud berhenti kitaran haid selama lebih dr 3-4 bulan... Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu primary amenorrhoea dan secondary amenorrhoea.. terdapat juga physiological amenorrhoea di mana ianya bukanlah berpunca drpd penyakit tetapi berlaku scr fisiologi dan dianggap normal seperti semasa mengandung, menyusukan anak, kanak2 perempuan yg belum baligh, juga wanita yg sudah menopaus atau putus haid dan juga bg mereka yg tlh menjalani pembedahan membuang rahim.
ok skrg kita bincangkan dgn lbh lanjut ttg primary amenorrhoea dulu yer...=)
PRIMARY AMENORRHOEA membawa maksud:
-tidak mencapai haid setelah umur 14 thn + tiada ciri2 wanita dewasa atau
-tidak mencapai haid setelah umur 16 thn + ada ciri2 wanita dewasa
ciri2 wanita dewasa di sini bermaksud perkembangan seksual fizikal.
Punca- beberapa faktor seperti ketiadaan rahim atau faraj sejak lahir, masalah pada gene seperti Turner's syndrome, ketiadaan lubang faraj untuk haid keluar, ketidakseimbangan hormon, masalah psikiatri atau stress yang melampau, masalah pemakanan atau tidak cukup zat makanan, terlalu kurus atau terlalu gemuk, penurunan berat badan secara mendadak seperti dlm kes anorexia atau bulimia dan juga aktiviti fizikal yg keterlaluan. selain itu, ia mungkin juga berpunca drpd ketumbuhan di bhg otak seperti di pituitari (satu bhg yg terdapat di dalam otak manusia)
SECONDARY AMENORRHOEA lebih sering berlaku dan membawa maksud ketiadaan haid yg berterusan selama lebih kurang 3-4 bulan bg mereka yg pernah dtg haid secara normal.
Punca- byk faktor yg menyumbang...antaranya ialah stress,tekanan perasaan atau depression, ketidakseimbangan hormon, menopaus pra-matang (menopaus sblm masanya), polycystic ovarian syndrome (PCOS), ketumbuhan pada ovari atau telur, ketumbuhan pada otak manusia, masalah thyroid dan juga pengambilan ubat seperti ubat utk merawat depression. punca utama di kalangan remaja perempuan ialah seperti aneroxia atau bulimia, dan mereka yg melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan seperti atlet.
Bg mereka yg berjumpa dgn doktor utk masalah ini, pemeriksaan bermula dgn ujian air kencing utk memastikan mereka tidak mengandung. Bagi mereka yang berhenti haid selama lebih 3 bulan, selalunya para doktor akan membuat ujian darah utk tentukan tahap hormon dlm bdn mereka....selain itu scan menggunakan ultrasound juga akan dibuat utk melihat samada telur dan rahim berada dlm keadaan normal atau mungkin terdpt ketumbuhan. jika tiada punca dikenal pasti, pemeriksaan selanjutnya ialah brain scan atau scan di kepala utk melihat sebarang ketumbuhan.. semua ujian ini adalah bergantung kepada keadaan pesakit dan sejarah pesakit itu sendiri.
Rawatan- bergantung pada punca amenorrhoea. Bagi pesakit primary amenorrhoea, adalah penting utk mengetahui punca sebenar masalah ini.. mereka yg mengalami ketidakseimbangan hormon akan diberi hormon tambahan seperti progesterone....selain itu, pesakit PCOS akan diberi pil hormon mencegah kehamilan yg berpotensi merawat masalah itu. ... penjagaan makanan dan pengambilan diet yg seimbang juga penting utk mengembalikan kitaran haid yg normal.. bagi mereka yg mempunyai berat bdn berlebihan, mereka disarankan utk menurunkan berat dgn bersenam kerana kegemukan juga merupakan slh satu faktor yg memnyebabkan masalah ini.
No comments:
Post a Comment