Tikus Laut
Tikus laut, Aphrodita aculeata adalah cacing laut polychaete yang biasa dijumpai di Utara Atlantik, di Laut Utara, Laut Baltik dan Mediterranean.
Tikus Laut sebenarnya adalah seekor cacing yang mempunyai persamaan dengan Cacing Tanah. Tikus laut biasanya terselindung di dalam pasir. Dapat hidup di dasar laut berlumpur sekitar 1000m di dalam laut.
Badannya dipenuhi bulu-bulu tebal, sehinggakan di beri nama "tikus laut" . Nama ilmiahnya diambil dari Aphrodite, seorang Dewi dari Yunani (dewi cinta). Pekara ini dikatakan, jika dilihat dari bahagian bawah, tikus laut ini menyerupai alat kelamin perempuan.
Nama "tikus laut" agak tidak lazim mungkin muncul kerana warnanya hampir sama dengan binatang pengotoe itu. Kadang-kadang tikus Laut mungkin boleh didapati di pantai pada musim bunga terendah air pasang surut.
Tikus laut biasanya berukuran 7,5-15 cm (3-6 inci) panjang, namun, ada yang mencapai panjang 30 sentimeter (12 inci). Tikus laut ini termasuk haiwan karnivor yang biasa memakan cacing laut yang lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment