Selamat Berbelacan!Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Orang mlayu jika tak tahu makan belacan sering kali di tertawakan sampai ada istilah mengejek mereka" cakap orang puteh muka belacan jugak"..he he..Begitulah sinonimnya belacan dalam kehidupan orang melayu.
Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga. Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.
Pernahkah kita terfikir akan asal usul munculnya belacan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya msyarakat Melayu Melaka yang begitu sinonim....
Belacan sememangnya bahan penambah perasa yang amat menyelerakan. Namun, masyarakat kini hanya menggunakannya sahaja dalam masakan tetapi tidak tahu menahu akan sejarah mengapa namanya "belacan", mengapa belacan hanya ada di asia tenggara, mengapa ia begitu menyedapkan masakan terutamanya dalam masakan sambal tumis atau sambal belacan....
CARA MEMBUAT BELACAN (Tradisional)
Bahan asas belacan ialah Udang Geragau dan Garam. Udang yang digunakan untuk diproses membuat belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan.
Bahan:
4 kg Udang Geragau
400 g Garam halus
Langkah 1:
Udang Geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus tadi rata ke semua udang yang digunakan.
Langkah 2:
Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm – 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.
Langkah 3:
Udang yang bergaram yang telah dijemur separuh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu.
Langkah 4:
Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi
Langkah 5:
Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.
Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk dan antara makanan tradisi masyarakat melayu yang kini selesa di makan pelbagai bangsa di Malaysia. Belacan juga digunakan dalam masakan terkenal lain contohnya kangkung belacan.nasi goreng belacan dan pelbagai lagi.Tapi agak menyedihkan kebelakangan ini, kerana sambutan dari pelbagai bangsa terhadap belacan menjadikan permintaan terhadap belacan tinggi dan menguntungkan, sesetengah pengeluar belacan cuba mengambil jalan mudah tetapi merbahaya dalam tujuan melariskan produk mereka. Ini berikutan kenyataan yang di keluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa produk belacan sekarang banyak yang tercemar oleh bahan kimia pewarna Rhodamine B yang di gunakan sebagai pewarna mencantikkan belacan.Jadi buat suri rumah atau peniaga makanan di harap berhati-hati dalam membeli belacan untuk masakan anda. Sila dapatkan kepastian tahap kebersihan mahupun keaslian belacan yang di beli.Buat pengusaha restoran yang menggunakan belacan dalam jumlah yang banyak jangan hanya membeli belacan murah yang mungkin tercemar dengan bahan kimia Rhodamine B ini, kepentingan orang ramai juga perlu di ambil kira kerana masakan mereka di makan oleh ramai orang yang mungkin memudaratkan kesihatan ramai pihak dalam jangkamasa panjang .
Tetapi, jangan kita lupa, jika di Melaka ada belacan Melaka, di Terengganu ada Belacan Merchang yang mempunyai sangkut paut dengan sejaah Merchang itu sendiri...
Di Kedah juga, ada belacannya yang tersendiri. Belacan yang popular di Kedah dikatakan dihasilkan di sepanjang perkampungan tepi laut Tanjung Dawai hingga ke Sanglang. Namun, sekiranya ingin mencari belacan di Kedah, singgah saja di Pekan Rabu.
Di sabah pula Kg. Binsulok adalah daerah pengeluar belacan yang terbaik Sabah di wilayah Borneo Utara ini. Rata-rata kaum wanita Binsulok mahir membuat belacan.
Belacan Melaka pula sudah sinonim Pantai Klebang dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing sejak 20 tahun lalu. Belacan dan cencalok merupakan makanan tradisional Melaka yang terkenal. Lebih 16 buah gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Melaka di sepanjang Klebang Besar hingga ke Tanjung Kling. Kebanyakan pengunjung menjadikan belacan sebagai bahan makanan yang "mesti beli" ketika berkunjung ke sana. Malah, sekiranya pegunjung yang berkunjung ke Melaka, tidak sah sekiranya tidak membeli Belacan di situ. Ada juga Belacan Papar yang popular di Sabah selain di Binsulok. Belacan yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional bagi menjaga kualiti serta keasliannya. Semakin lama belacan tersebut diperap atau disimpan maka hasilnya akan menjadi lebih baik. Belacan Papar boleh menjangkau jangka hayat sehingga 10 tahun. Belacan Papar diedarkan ke seluruh Sabah, Brunei dan sebahagian di Semenanjung Malaysia.
Petua untuk mendapatkan bekalan belacan yang asli adalah dengan membeli belacan buatan kampung dan bukannya belacan kilang. Belacan buatan kampung adalah diusahakan sendiri oleh orang kampung. Klu bagi mendapatkan bekalan belacan asli adalah membeli di gerai-gerai tepi jalan yang tergantung-gantung tuh...! Ataupun yang berwarna kelabu atau pudar-pudar. Kalau yang berwarna merah-merah tu, tau jingga, dah dicampur dengan pewarna. Boleh mangakibatkan barah
Kalau mau beli belacan secara borong macam msna nak berhubung. Kalau dapat hubungi saya di 0128353589 - Zulkiflee
ReplyDelete