Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
Maznah Mohd Yusof, 38, ketika dihubungi berkata beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.
“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya, yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.
Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.
Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.
“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.
Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz berkata jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walau mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.
"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?
"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya.
Beliau merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.
islam mengharuskan membela anjing utk tujuan membantu dlm pertanian,perburuan dan keselamatan bukan bela dalam rumah mcm kucing.
Kalo ye pun keje ngn anjing xkan la sampai nak ucap sambut raya pun mesti bersama2 anjing.
No comments:
Post a Comment